Thursday, August 2, 2007

Peningkatan Matawang Berasaskan Logam

Laporan dipetik dari Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat, Dato’ Husam Musa.



Matawang yang berasaskan logam mempunyai nilai tersendiri seperti emas dan perak yang akan meningkat melalui masa.

Jesteru itu, menurut kajian, sekeping Dinar Emas terbitan kerajaan negeri Kelantan seberat 4.25 gram emas 22 karat yang telah dilancarkan pada bulan September tahun 2006 telah meningkat nilainya sebanyak 11%.

Contoh yang lain, dipasaran dunia pada Februari 2007 harga sekeping Dinar ialah USD 80.94. Pada bulan Mei (tiga bulan kemudian), harga sekeping Dinar ialah USD $86.28 iaitu peningkatan sebanyak USD 5.34.

Sehubungan itu, penggunaan matawang berasaskan emas dan perak boleh menyelamatkan kesusutan harta umat manusia. Ini telah ditunjukkan oleh kajian pakar Islam dan bukan Islam terhadap sejarah matawang emas dan perak selama 400 tahun yang lalu yang boleh dibaca oleh sesiapa yang berminat.

Usaha murni untuk menyelamatkan manusia dari perangkap wang kertas ini boleh dimulakan dengan meluaskan lagi kefahaman masyarakat terhadap fungsi wang fiat yang digunakan sekarang.

Dengan mlangkah setapak lagi untuk menjadikan kepingan dinar dan dirham sebagai simpanan nilai dengan pembelian dinar dan dirham serta menyimpannya di mana- mana tempat yang selamat termasuk di bank- bank bagi menggantikan wang kertas biasa. Apabila kita memerlukan wang tunai, kita boleh menjual kepingan dinar atau dirham dimana- mana kedai emas.

Pembayaran zakat juga boleh dimulakan dengan unit dinar dan dirham kerana mengambil kira pandangan sesetengah ulama muktabar bahawa pembayaran zakat hanya menjadi sah dengan menggunakan barangan tangible atau ada ainnya seperti emas dan perak. Jika kedudukan ini diteroka semula oleh ulama kita sekarang insyaallah dengan tergunanya dinar dan dirham sebagai medium utama pembayaran zakat, peranan dinar dan dirham akan semakin berkembang.

Kemudahan telekomunikasi elektronik juga tidak terlalu sukar akaun bank yang berasaskan unit dinar dan dirham dibekalkan kad dinar elektronik yang boleh diurusniagakan diseluruh dunia sebagaimana kad kredit biasa dan ini akan memudahkan penggunaan dinar dan dirham untuk perniagaan antarabangsa dan urusan lain seperti haji, dimasa hadapan.

No comments: