Oleh Wanna A. R dan Farrah
Emas dan perak merupakan sejenis wang logam yang sudah lama digunakan. Kedua logam ini mempunyai ciri- ciri yang diperlukan untuk menjadi medium tukaran dan harga yang hampir serupa. Oleh yang demikian, emas dan perak dijadikan alat perantaraan dalam aktiviti urusniaga dan jual beli semenjak berkurun yang lalu.
Wang juga adalah Alat perantaraan dalam urusan jual beli bagi keperluan manusia. Ia diterima hasil kewujudan persetujuan antara masyarakat bagi menggunakan kepada beberapa benda sebagai alat perantaraan dalam melakukan urusniaga tukaran dan urusan jualbeli.
Emas yang telah ditempah dan dicapkan di negara Rom diistilahkan sebagai ‘Dinarius’ (Dinar) manakala istilah dirham (perak) bagi negara Greek adalah ‘Dracma’. Bagi negara Arab pula, Al ‘ayn merupakan istilah (dinar- emas) manakala Al wariq (dirham- perak).
Hal ini telah termaktub penggunaannya didalam beberapa surah didalam al- quran dan hadis seperti kalimah dinar melalui surah al imran ayat 75, bagi dirham melalui surah yusuf ayat 20, manakala al wariq dalam surah al kahf ayat 19.
Kijang Emas, Kupang Kelantan dan Pattani merupakan kepingan dinar emas dan dirham perak sejak abad ke- 14, hingga 16. Manakala Dinar Matahari Kelantan pada abad ke- 18 dan Dinar Emas Sultan Abdul Jalil Shah III, serta Dinar Emas Kedah pada abad 17 dan 18.
Pada tahun 1850, zaman kesultanan kelantan dibawah pemerintahan permaisuri Melayu, Che Siti Wan Kembang, sekeping duit emas (kijang emas) telah dicetak. Ini jelas membuktikan bumi kita perlu menggunakan dinar emas dan dirham perak kerana kepingan sampel dinar masih tersimpan di muzium Malaysia sehingga ke hari ini.
No comments:
Post a Comment