Friday, November 2, 2012

Sunday, August 12, 2012

Carilah kebahagiaan diri tanpa dipaksa



Rasa dihati itu bukan satu perkara yang dibuat-buat, dicuba, hendak mencuba atau dipaksa cuba. Ia adalah ketetapan dari mula kita terdetik merasa bahagia dengan sendiri tanpa paksaan dan serba salah.

Seolah kita mendapat sesuatu yang dihajat-hajatkan...sesuatu yang dingini atau menginginkan sesuatu yang kita suka sejak sekian lama. Sekali gus menjadikan diri dengan sendirinya berusaha mencuba untuk tidak kehilangan, menjaga dan menyayangi perkara yang dingini itu sepenuh hati.

Ia adalah sebuah naluri yang diciptakan secara semulajadi dengan sendirinya. Sepertimana kita melakukan perkara yang boleh memberikan kebahagiaan pada diri sendiri.

Ibaratnya, kita mengadakan satu masa memberus belakang badan ahli keluarga kita di tempat sauna...mengira berapa lama tahan selaman dalam jakuzi..bekerjasama memasak bersama-sama makanan dalam kuantiti yang banyak...berlari ke gerai makanan dan menikmatinya dengan mengira jumlah stik yong tau fu yang kita makan secara bandingan...berlumba basikal di tepi laut...kesemuanya naluri tidak dibuat-buat. Ia berlaku dengan sendirinya...

Maka, lakukanlah apa yang kamu mahu, kamu suka dan perkara yang tidak suka jangan dipaksa umpama kamu menghayunkan kerambit mengena hati sendiri tanpa sedar ia terluka dan apa yang paling menyedihkan telah tersakiti diri sendiri disebabkan ingin memaksa melihat kegembiraan orang lain.

Kita layak gembira...carilah keredhaanNya pohon padaNya kita akan sentiasa bahagia. InsyaAllah...janji Allah itu benar apabila kita yakin dengan sebenar-benarnya.

Friday, August 10, 2012

Bakar semangat






Benda lama ni memang terkesan dalam hidup..tiba-tiba je nampak renyukan sehelai yang tercerai dari kaki novel pertama yang membakar semangat aku menjadi penulis ni.
Memang betul aku sangat menyayangi novel ni... novel ni cetakan ketiga.. Dahla ada beberapa helai sebelum nipun dah tercerai..aduhaiii...anak-anak selamba je renyukkan wahai anakkk...ni buku pertama mimi...janganla usikkk!!!

Al Muzammil

Ta'al wahai sahabat.. Allahmu telah memberikan pengurangan beban kerana mengasihi umatnya apabila dilihat mereka tidak mampu menguruskan hal ini (solat malam) dengan baik. Maka, solat malam telah diwajibkan kepada umatnya (sebelum turun ayat ke 20 di dalam surah ini), ia telah diringankan dan menjadikan hukum solat malam adalah hal yang sunnah. Maka bersyukur dan berikanlah kata pujian buatnya...bangunlah berqiam dan bertadarus disepertiga malam...!


Dengan Nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani

Wahai orang yang berselimut

bangunlah solat tahajjud pada waktu malam selain dari sedikit masa dari masa untuk berehat

Iaitu separuh dari waktu malam atau kurangkan sedikit dari separuh itu

atau lebihkan sedikit daripadanya dan bacalah alQuran dengan tartil

Sayugialah engkau dengan pengikut-pengikutmu dengan membiasakan diri dengan ibadah yang berat kepada hawa nafsu kerana sesungguhnya kami menurunkan kepadamu wahyu alQuran yang mengandungi perintah-perintah yang berat kepada orang yang tidak bersedia menyempurnakannya.

Sebenarnya ibadat malam lebih kuat kesannya, dan lebih tetap betul bacaannya

(kami galakkan engkatu dan umatmu beribadat pada waktu malam) kerana sesungguhnya engkau pada siang hari mempunyai urusan yang panjang kira bicaranya

dan sebutlah dengan lidah dan hati akan nama tuhanmu (siang dan malam) dan tumpukanlah amal ibadatmu kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.

Dialah yang menguasai timur dan barat, tiadalah tuhan lain melainkannya dan jadikanlah Dia penjaga yang menyempurnakan urusanmu.

dan bersabarlah terhadap apa yang dikatakan oleh mereka yang menentangmu dan jauhkanlah dari mereka dengan cara yang baik

Dan biarlah Aku yang membalas orang-orang yang mendustakan bawaanmu itu orang-orang yang berada dalam kemewahan, dan berilah tempoh kepada mereka sedikit masa

Kerana sesungguhnya kami menyediakan kepada mereka belenggu-belenggu dan api neraka yang menjulang-julang

serta makanan yang menjadikan pemakanannya tercekik dan azab seksa yang tidak terperi sakitnya

Azab itu berlaku pada hari bumi dan gunung ganang bergoncang serta hancur lebur dan menjadilah gunung ganang itu timbunan pasir yang mudah bersepah

sesungguhnya kami telah mengutus kepada kamu wahai Muhammad seorang rasul yang menjadi saksi terhadap kamu tentang orang yang mematuhi dan menolak seruannya sebagaimana kami telah mengutuskan Firaun seorang rasul

Maka, Firaun telah menderhaka kepada rasul itu lalu kami menyeksanya dengan azab seberat-beratnya.

sekiranya kamu tidak ditimpa azab didunia bagaimana kamu dapat menjada dan menyelamatkan diri kamukalau kamu kufur ingkar dari azabhari yang huru haranya yang membuatkan kanak-kanak menjadi tua beruban?

Langit yang sedemikian besarnya akan terpecah oleh kedasyatan hari ituingatlah janji allah adalah perkara yang tetap akan dilakukanNya.

sesungguhnya keterangan yang mengandungi amaran ini menjadi peringatan oleh itu seseiapa yang mahukan kebaikan kepada dirinya dapatlah ia mengambil jalan kepada tuhannya dengan iman dan taat.

Sesungguhnya tuhanmu wahai Muhammad tahu bahawasanya engkau bangun solat malam tahajjud kurang dari dua pertiga malam dan dan selama satu perduanya dan selama satu pertiganya dan demikian juga dilakukan oleh segolongan orang segolonganmu kerana hendak menepati perintah terdahulu padahal Allah jualah yang menentukan kadar tepat masa malam dan siang. Dan ia mengetahui bahawa kamu tidak sekali kali akan mengira dengan tepat kadar itu lalu menarik balik perintahNya yang terdahulu dengan memberi kemudahan kepada kamu maka bacalah dengan mudah yang kamu dapat baca darinya alQuran dalam solatIa juga mengetahui bahawa akan ada antara kamu orang yang sakit dan darinya orang yang musafir mencari rezeki dari limpahan kurnia Allah dan lainnya lagi orang yang berjuang pada jalan Allah membela agamanya. Maka bacalah apa yang kamu dapat baca darinya alQuran dirikanlah solat dan berikanlah zakat dan berilah pinjaman kepada Allah yang ikhlas dan ingatlah apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri tentunya kamu mendapat balasan sebaik-baiknya dari Allah dan yang amat besar pahalanya, dan mintalah ampun kepada Allah, sesungguhnya Allah maha pengampun lagi maha mengasihani.

Thursday, August 9, 2012

An Naazi'aat

Demi (malaikat) yang mencabut (apa yang ditugaskan mencabut nyawa) dengan cara yang sekasar-kasarnya;

Dan demi malaikat yang mencabut nyawa dengan cara yang selembut-lembutnya;


Dan demi (malaikat) yang cergas bergerak (menerima perintah) dengan gerak yang secergas-cergasnya;


Lalu masing-masing berlumba-lumba dahulu-mendahului (menjalankan tugasnya) dengan cara yang sesungguh-sungguhnya;


Serta menyempurnakan tadbir urusan alam yang diperintahkan kepadanya; (sumpah demi sumpah, sesungguhnya kamu akan dibangkitkan hidup semula pada hari kiamat)! -


Pada masa berlakunya "tiupan sangkakala yang pertama" yang menggoncangkan alam, (sehingga mati segala yang bernyawa dan punah-ranah sekalian makhluk selain dari yang dikecualikan),


Tiupan yang pertama itu diikuti oleh tiupan yang kedua, (yang menyebabkan orang-orang yang mati semuanya hidup semula serta keluar dari kubur masing-masing);


Hati (manusia) pada hari itu berdebar-debar takut,


Pandangannya tunduk gerun.


Mereka (yang ingkar) berkata: "Sungguhkah kita akan dikembalikan hidup seperti keadaan di dunia dahulu?


"Bolehkah (dihidupkan semula) sesudah kita menjadi tulang yang reput?"


Mereka berkata lagi (secara mengejek: "Kalaulah berlaku) yang demikian, sudah tentu kembalinya kita (hidup semula) itu satu perkara yang merugikan!"


(Menghidupkan semula tidaklah sukar), kerana berlakunya perkara itu hanyalah dengan satu jeritan (yang terbit dari tiupan sangkakala yang kedua), -


Yang menyebabkan mereka dengan serta-merta berada di muka bumi yang putih rata.


Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal Nabi Musa?


Ketika ia diseru oleh Tuhannya di "Wadi Tuwa" yang suci; -


(Lalu diperintahkan kepadanya): "Pergilah kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas (dalam kekufuran dan kezalimannya);


"Serta katakanlah kepadanya: `Adakah engkau suka hendak mensucikan dirimu (dari kekufuran)?


`Dan mahukah, aku tunjuk kepadamu jalan mengenal Tuhanmu, supaya engkau merasa takut (melanggar perintahNya)? ' "


(Setelah Nabi Musa menyempurnakan perintah Tuhannya, dan Firaun pun meminta bukti kebenarannya); maka Nabi Musa memperlihatkan kepada Firaun: mukjizat yang besar.


Lalu Firaun mendustakan (Nabi Musa) dan menderhaka (kepada Allah);


Kemudian ia berpaling ingkar sambil menjalankan usahanya (menentang Nabi Musa).

Lalu ia menghimpunkan orang-orangnya dan menyeru, -


Dengan berkata: "Akulah tuhan kamu, yang tertinggi".


Maka Allah menyeksa Firaun di akhirat dan di dunia ini, dengan azab yang menakutkan sesiapa yang mengetahuinya.

Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang takut (melanggar perintah Tuhannya).


(Wahai golongan yang ingkarkan kebangkitan hidup semula!) Kamukah yang sukar diciptakan atau langit? Tuhan telah membinanya (dengan Kukuh)!


Ia telah meninggikan bangunan langit itu lalu menyempurnaKannya,


Dan Ia menjadikan malamnya gelap-gelita, serta menjadikan siangnya terang-benderang.


Dan bumi sesudah itu dihamparkannya (untuk kemudahan penduduknya)

Ia mengeluarkan dari bumi itu: airnya dan tumbuh-tumbuhannya;


Dan gunung-ganang pula dikukuhkan letaknya (di bumi, sebagai pancang pasak yang menetapnya);


(Semuanya itu) untuk kegunaan kamu dan binatang-binatang ternak kamu.


Maka apabila datang hari yang bencananya amat besar, -


Iaitu hari manusia akan mengingati apa yang telah diusahakannya, -

Dan neraka diperlihatkan kepada sesiapa sahaja yang dapat melihatnya, -


Maka (dapatlah masing-masing mengetahui kesudahannya); adapun orang yang melampau (perbuatan derhakanya), -


Serta ia mengutamakan kehidupan dunia semata-mata,


Maka sesungguhnya neraka Jahanamlah tempat kediamannya.


Adapun orang yang takutkan keadaan semasa ia berdiri di mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalnya), serta ia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu, -


Maka sesungguhnya Syurgalah tempat kediamannya.


Mereka (yang ingkar) selalu bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat: "Bilakah masa datangnya?"


Apa hubungannya tugasmu dengan (soal) menerangkan masa kedatangan hari kiamat itu?


Kepada Tuhanmu lah terserah kesudahan ilmu mengenainya.


Tugasmu hanyalah memberi amaran kepada orang yang takut akan huru-hara hari kiamat itu.

(Sangatlah dahsyatnya huru-hara hari itu, sehingga orang-orang yang bersalah merasa) pada masa melihatnya: seolah-olah mereka tidak tinggal di dunia melainkan sekadar satu petang atau paginya sahaja.

Cinta padaNya

Renunglah sejenak lirik ketuhanan ini moga kita selalu mengingati dan yakin padaNya bahawa cinta dan kasih sayang yang wujud antara makhluk dengan penciptaNya tidak mungkin berbelah bahagi..

Ku Percaya Ada Cinta - Siti Nurhaliza


Mereka meragui wujudnya cinta yang sejati
Tidak hati ini
Semenjak dari mula
Ku yakin ada cinta
Cintalah yang memungkinkan segala

Ku rela biar betapa pun perit tertusuk duri
Jalan berliku tiada bertepi
Ku percaya tidak sia-sia aku diuji
Demi cinta tersembunyi hikmahNya pasti

Pandang-pandang alam ini
Sambil pandang difikiri
Mana bumbung langit tinggi
Mana lantai bumi
Tiap satu yang terjadi
Tidak mungkin tersendiri
Cuba cari jawapannya andai meragui

Mereka meragui wujudnya cinta yang sejati
Tidak hati ini
Semenjak dari mula
Ku yakin ada cinta
Cintalah yang memungkinkan segala

Ada hikmah yang pasti..
Sejak mula ku percaya ada cinta
Cinta itu memungkinkan segalanya
Cinta suci yang abadi

Wednesday, August 8, 2012

Siapa kata pemberita tidak boleh berpurdah?


Di Kaherah, Mesir sekumpulan wanita berpurdah melancarkan saluran berita satelit terbaru iaitu Maria TV yang beroperasi di sebuah apartmen kecil di daerah Abassiya, dengan siaran enam jam sehari melalu saluran al-Ummah. Saluran itu juga menampilkan penyampai berita dan krewnya yang berpurdah.

Pelancarannya mengikut arus revolusi budaya negara itu yang kini mementingkan nilai Islam selepas kebangkitan Arab atau ‘Arab Spring’. Semua kakitangannya memulakan siaran pertama mereka Jumaat lalu.

Pekerja lelaki dilarang terbabit dalam siaran berita itu walaupun hanya untuk membuat panggilan telefon.

Menurut El-Sheikha Safaa Refai yang mengetuai Maria TV, kemunculan saluran itu menunjukkan perkembangan Mesir selepas kejatuhan Presiden Hosni Mubarak.

Sebelum ini, wanita Mesir sering di diskriminasi kerana berpurdah sekiranya ingin mencari pekerjaan terutama dalam program televisyen dan juga pendidikan.

Monday, July 30, 2012

Kedalaman bahasa al quran tiada tandingan

Majnun-Hazama

Di puncak bukit ku bina kubu
Beratapkan dedaun rimba
Melihat penjara kamarmu dari jauh
Bermulai air mata hancur luluh hatiku
Di puncak bukit kukenang semula
Hari kita mesra melakar nama
Saat pertama bibirku melontarkan namamu
Terpukau matamu gila kau buatku
Hanya namamu nyanyian angin menjadi udara
Hanya namamu bagai darah mengalir ke jantung
Kerana kamu aku hilang
Aku hilang akal terjadi gila, gila
Mereka ketawa melihat aku membawa diri ke sini
Namun malam ini saja yang dapat di erti
Kini cuma burung-burung mendengar laguku
Semua impian dan harapan terkubur
Bila ku kenang semula
Berita diterima teriak namanya
Hari tanganmu dijanjikan padaku
Pastinya semakin gila kau buatku
Hanya namamu nyanyian angin menjadi udara
Hanya namamu bagai darah mengalir ke jantung
Kerana kamu aku hilangAku hilang akal terjadi gila, gila
Apalah dosaku yang dimakan waktu
Di halangi dari mendampingimu
Hingga masa engkau hulurkan nyawa
Menyebut namaku dinafas terakhir
Hanya namamu nyanyian angin mnjadi udara
Hanya namamu bagai darah mengalir ke jantung
Kerana kamu aku hilang, aku hilang akal
Sayangku Laila Laila Laila Laila
Kerana kamu aku hilangAku hilang akal terjadi gila, gila
Biar terdampar ku tidur disebelahmu untuk sementara
Menanti bungaku bangun dari pusara

Ada untukmu- Nubhan 

Di sana pungguk menanti
Mengharap bulan membalas rindu di hati
Di sini aku berdiri
Menunggu penuh dengan kesabaran
Tanpa manis madahJanji yang puitis
Tuk persembahanHanya ketulusan
Sekeping hati suciAkuBerikan kasih
Kalau itu yang kau mahu dari ku
AkuBerikan cinta
Untuk membahagiakan hari mu
AkuSayang dirimu (menyayangimu)
Biarpun nafas ku sampai terhenti
Akan ku kota janji kita
Mendirikan Taj Mahal cinta
Seteguh kasih Shah Jehan kepada Mumtaznya
Terasa indah pabila berdua
Semakin tiba saat bahagia
Merai cinta kita

Cinta Adam dan Hawa- Misha Omar

Cinta adam dan hawa
Terbit di syurga terang di jiwa
Menggerakkan nurani
Mencari kasih suci
Sehingga kita yg tertinggal saling damba
Sentiasa rasa sunyi bersendiri
Mana dia kekasih hati
Mana dia pujaanku yang sejati
Dengarlah bisikan asmaraku
Cinta Adam dan Hawa
Satu bersama satu terpisah
Buat diriku tertanya-tanya
Cinta Adam dan HawaSatu harapan,
satu sandaran
Buat diriku rindukan dia
Mana dia kekasih hati
Mana dia pujaanku yang sejati
Dengarlah bisikan asmaraku…
Cinta Adam dan Hawa
Satu bersama satu terpisah
Buat diriku tertanya-tanya
Kau yang aku puja
Kau yg aku cinta.. oh..Kasihku di Firdausi
Cinta Adam dan Hawa
Terbit di syurga terang di jiwa
Menjadi saksi impian murni

Ayat ayat cinta - Rossa

Desir pasir dipadang tandus
Segersang pemikiran hati
Terkisahku diantara cinta yang rumit
Bila keyakinanku datang
Kasih bukan sekadar cinta
Pengorbanan cinta yang agung kupertaruhkan
Maafkan bila ku tak sempurna,
Cinta ini tak mungkin ku cegah,
ayat-ayat cinta bercerita,cintaku padamu.
Bila bahagia mulai menyentuh,
seakan ku bisa hidup lebih lama,
namun harus ku tinggalkan cinta,
ketika ku bersujud.Ketika ku bersujud…
tak sempurna,
cinta ini tak mungkin ku cegah,
ayat-ayat cinta bercerita,
cintaku padamu.Bila bahagia mulai menyentuh,
seakan ku bisa hidup lebih lama,
namun harus ku tinggalkan cinta,
ketika ku bersujud.Ketika ku bersujud…

Karya yang dilahirkan cukup indah umpama penyajak yang melayarkan kedalaman bahasa yang membuai rasa buat insan yang teristimewa dalam hidup mereka...

Penyair-penyair hebat dan terkemuka hanya dapat meluahkan bahasa puitis mereka melalui tulisan sahaja, dan ia bukan semata-mata buat manusia, namun pada pencipta yang agung.

Lihatlah betapa manusia itu hebat dalam melayarkan bahasa mereka sehingga membuatkan kita terkesima, terlena dan bersedih atas lantunan bahasa yang diterjemahkan. 

Disini, kita akan kembali menyoroti kedalaman bahasa al quran walaupun banyak bahasa yang dialunkan tidakkan menandingi bahasa alquran yang punya pelbagai emosi, penegasan dan hukum hakam yang diciptakan yang Haq kepada makhluk ciptaannya..

Bahawasanya Dia sangat menyintai dan menyayangi kita sehingga terhimpunlah ayat petunjuknya, kasih sayangnya untuk kita turuti dan teladani sekaligus memberikan kita harapan untuk terus berjuang mencintai diriNya lebih dari segala sesuatu.

Sesungguhnya Dialah yang maha pengasih dan pemberi ruang untuk kita mengasihinya dan melimpahkan segala kasih sayang agung untuk kita.

Sedarilah allah itu maha seni menghantar kata berpandukan kasih sayangnya melalui kitabnya yang suci. 

Monday, July 23, 2012

Al Takwir...(Menggulung)



When the sunshine is folded up,And when the stars fall off,
And when the mountains are made to move,
And when the pregnant she camels are abandoned.
And when the beasts are gathered together,
And when the seas are kindled,
And when the souls are paired.
And when the female buried alive is questioned about.
For what crime was she killed?
And when the sheets of actions are opened,
And when the heaven is taken off from its place,
And when the Hell is caused to flare up,
And when the Paradise is brought,
near,(Then) each soul shall know what it has brought forward.
Then I swear by those that recede;More straight and then stop.
And by the night when it departs.
And by the morning when it breathes.
Undoubtedly, this is the recitation of a noble Messenger.
Who is powerful, dignified in the presence of the Lord of the Throne.
There He is obeyed, He is trustworthy.
And your companion is not mad.
And undoubtedly, he saw him on the bright horizon.
And he is not niggardly as to the disclosing of unseen.
And the Quran is not the recitation of satan (Devil) the accursed.
Whither, then, are you going?This is not but an admonition to the entire world.
For him among you who desire to be straight.
And what you desire, but only this that Allah the Lord of the world desires.

Al-Qadr

In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.
We have indeed revealed this (Message) in the Night of Power
And what will explain to thee what the night of power is?
The Night of Power is better than a thousand months.
There in come down the angels and the Spirit by Allah's permission,
on every errand
Peace!...
This until the rise of morn!

Tuesday, July 17, 2012

Tarikh cerap anak bulan

Penyimpan mohor besar Raja-raja telah tetapkan tarikh melihat anak bulan Ramadhan di seluruh negara pada 19 Julai ini. Antara tempat berkenaan pontian kecil Johor; Kompleks Falak Al Khawarizmi; Kampung balik batu; Tanjung Bidara Melaka; Telok kemang Port Dickson; Bukit Melawati, Kuala Selangor; Bukit Jugra, Balai cerap Selangor, Sabak Bernam, Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan baru, Manjong, Perak; Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Acheh Pulau Pinang; Kampung Pulau Sayak, Kuala muda Kedah; Pemandangan Indah Pulau Langkawi; Menara Alot Setar; Bukit Besar Kuala Terengganu, Bukit Geliga, Kemaman, Pulau Perhentian, Kusza, PiCC putrajaya, Menara Kl dan Kuala Sungai baru Perlis.

Saturday, June 30, 2012

Di sebalik cerita kehidupan seorang kawan..



Salam semua,Saya seorang anak laut. Saya kini sudah kembali ke tempat asal keturunan saya.

Kalau dah memang geng pelaut tu, pelaut jugalah. Hidup saya kini semakin tenang...imbasan yang selama ini saya bayangkan sedikit sebanyak telahpun berkesempatan untuk saya lakukan di sini.

Punya tanah di sini, untuk mendirikan tempat teduhan bukanlah sesuatu yang sukar. Kata orang jangan berumah ditepi pantai jika takut dilambung ombak.
Betul tu.

Dan saya tidak takut apa-apa cuma apa yang ditakutkan, kalau saya mati tidak sempat bawa buah tangan amalan pada Rabb.
Di sini juga, saya dapat merasakan udara inilah yang saya rindukan pada setiap kalinya.

Pada waktu malam saya dan keluarga akan berkumpul memulakan aktiviti membaca tafsir secara bulatan.

Pada tengah malamnya, saya mewajibkan untuk teropong bulan dan menangkap gambar melalui teleskop dengan DSLR.

Secara teknikalnya, pada permulaan, memanglah susah, tapi lama kelamaan menjadi mudah.

Gambar-gambar astrofotografi yang dikumpulkan ini bukanlah untuk dijual, namun sekadar mengisi masa lapang saya sahaja, untuk diframekan dalam album.
Bagi saya itu adalah satu kepuasan.

Sewaktu dinihari saya akan bersiap untuk ke tengah laut. Tengahari menjemur ikan dan sotong untuk dijadikan lauk tambahan.

Di sini tidak sesulit mana, kerana tidak perlu bermewah mewahan, cukup ada peti televisyen untuk mengetahui berita semasa, kerusi rotan atau kayu untuk tetamu yang datang dan kereta yang antik untuk saya bergerak ke pasar.

Tidak perlu ada peti ais untuk menyimpan fishball, hashbrown atau makanan segera lain.

Kerana kehidupan disini mengajar saya untuk makan makanan yang segar yang hanya diperolehi dari tangkapan melalui isi perut bumi sahaja.

Di setiap kalinya pun saya akan menghirup hanyiran laut yang terbentang luas. Walaupun tika waktu saya sedang mandi. Udara disini seolahnya kita berada dalam laut.

Kadang kala jika musim air tanah tidak naik akibat kering, air lautlah yang menjadi air sasaran mandian kami sekeluarga. Dan bagi saya itulah kenikmatannya. Walaupun laut disini tidaklah terlalu bersih seperti laut sebelum saya dilahirkan namun saya dapat menerima ia sekadarnya.

Benar, disini juga turut beberapa kali berlaku pergolakan tsunami. Tetapi, gelombang itu tidak sedahsyat di Jepun, Pulau Pinang dan Langkawi. Ahhh...biarkan saja kerana ajal maut ini di tanganNya.

Sejauh manapun kita berlari tak akan dapat terlepas dari maut walaupun tersangkar di rumah agam. Ingatlah janji Allah dalam ayat-ayat peringatanNya!. Bagi saya, ada ketenangan di sini.

Kami sekeluarga dapat bertenang di sini. Saya tidak kisahkan apa-apa lagi walau kulit sudah semakin cokelat seperti orang pulau. Laut di sini juga, banyak pohon kelapa..sepertinya sebuah perkampungan kelapa.

Namun, ia tidak membataskan berlakunya aktiviti cerapan bulan disini. Cerapan boleh juga boleh dilakukan di kampung sebelah hujung sana. Di sana hanya menerima gangguan ribut pasir kecil sahaja.

Kerana dikampung itu masih tidak banyak rumah didirikan. Ketika itu, kita dapat melihat kelahiran anak bulan untuk berpuasa dan menyambut kelahiran bulan baru untuk kemenangan berpuasa di hari raya.

Sungguh takjub saya melihat baby bulan. Tidak perlu pun guna alat cerapan...semuanya hanyalah bantuan teleskop. Walaupun teleskop itu kecil pun sudah memadai dan masih boleh mlihat perkembangan imkanur rukyah itu.

Di sini juga adakalanya saya berbumbungkan langit dan berbaring di daunan yang besar. Mencantumkannya. Haha...pengalaman indah seperti mencantumkan puzzle...namun selalu menerima gangguan angin yang menderu.

Tetapi aktiviti itu tidak selalunya saya lakukan kerana saya teringat kata-kata seseorang bahawa di dalam laut ada naga. Mana tahu bila-bila masa sahaja naga itu boleh naik ke darat dan membaham saya takpun ia bakar saya hingga rentung.

Sedang ketika itu saya asyik tidur lena sehingga tidak sengaja meninggalkan tahajjud malam. Tapi bila difikir sejenak, tidaklah pula saya tahu dari laut mana ia muncul. Hai...fikir saya, kalau pun ada...mungkin naga tu belum sampai sini lagi sebab ia mungkin masih di perairan perut bumi di sebelah benua Arab.

Apapun..saya sangat gembira di sini. Dan sekiranya segelintir dari kita berminat untuk menjadi golongan pelaut...cubalah aktiviti yang saya lakukan di sini. Ia cukup menenangkan jiwa.

Sekian, terima kasih...selamat berjuang untuk memperolehi kehidupan anda yang bahagia.

Salam dari,
Budak laut.

Friday, June 29, 2012

Renungkan amanah tuhanmu melalui...alInsaan.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah,
lagi Maha Mengasihani.
Bukankah telah berlalu kepada manusia satu ketika dari masa (yang beredar),
sedang ia (masih belum wujud lagi, dan)
tidak menjadi sesuatu benda yang disebut-sebut,
(maka mengapa kaum musyrik itu mengingkari hari akhirat)?
Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air mani yang bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan),
serta Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan);
oleh itu maka Kami jadikan dia berkeadaan mendengar dan melihat.
Kerana keadaan itu tidak mencukupi, maka)
sesungguhnya Kami telah menunjukkan kepadanya (melalui akal dan Rasul) akan jalan-jalan (yang benar dan yang salah;
maka terserahlah kepadanya) sama ada ia bersyukur (dengan beriman dan taat),
ataupun ia berlaku kufur (dengan mengingkari kebenaran atau menderhaka).
(Dalam pada itu),
sesungguhnya Kami telah menyediakan bagi sesiapa yang berlaku kufur (atau menderhaka):
beberapa rantai dan belenggu serta neraka yang menjulang-julang.
Sesungguhnya orang-orang yang berbakti (dengan taat dan kebajikan),
akan meminum dari piala: sejenis minuman yang bercampur dengan "Kafur".
Iaitu sebuah matair (di Syurga), yang diminum daripadanya
oleh hamba-hamba Allah (yang taat);
mereka boleh mengalirkannya (di tempat-tempat tinggal mereka)
dengan aliran yang semudah-mudahnya dan menurut kemahuannya.
(Mereka dikurniakan kesenangan itu kerana)
mereka menyempurnakan nazarnya (apatah lagi yang diwajibkan Tuhan kepadanya),
serta mereka takutkan hari (akhirat) yang azab seksanya merebak di sana sini.
Mereka juga memberi makan benda-benda makanan yang dihajati dan disukainya,
kepada orang miskin dan anak yatim serta orang tawanan.
(Sambil berkata dengan lidah atau dengan hati):
"Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu kerana Allah semata-mata;
kami tidak berkehendakkan sebarang balasan dari kamu atau ucapan terima kasih,
"Kami sebenarnya takutkan Tuhan kami,
takut Ia kenakan kami azab hari yang padanya muka orang-orang yang bersalah: masam berkerut-kerut".
Dengan sebab (mereka menjaga diri dari kesalahan),
maka Allah selamatkan mereka dari kesengsaraan hari yang demikian keadaannya,
serta memberikan kepada mereka keindahan yang berseri-seri (di muka),
dan perasaan ria gembira (di hati).
Dan kerana kesabaran mereka (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya),
mereka dibalas oleh Allah dengan Syurga dan (persalinan dari) sutera.
Mereka berehat di dalam Syurga dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias),
mereka tidak nampak di situ adanya matahari (usahkan hawa panasnya),
dan tidak juga merasai suasana yang terlampau sejuk; S
edang naungan pohon-pohon Syurga itu dekat kepada mereka,
dan buah-buahannya pula dimudahkan (untuk mereka memetiknya) dengan semudah-mudahnya.
Dan (selain itu) diedarkan kepada mereka (oleh pelayan-pelayannya): bijana dari perak dan piala-piala minuman yang keadaannya laksana kaca (nampak jelas isinya)Keadaannya laksana) kaca,
(sedang ia) dari perak;
pelayan-pelayan itu menentukan kadar isinya sekadar yang cukup betul dengan kehendak penggunanya.
Dan mereka dalam Syurga itu,
diberi minum sejenis minuman yang campurannya dari "Zanjabil",
Iaitu sebuah matair dalam Syurga, yang disebutkan sifatnya sebagai "Salsabil".
Dan mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya), yang sentiasa beredar di sekitar mereka;
apabila engkau melihat anak-anak muda itu,
nescaya engkau menyangkanya mutiara yang bertaburan.
Dan apabila engkau melihat di sana (dalam Syurga itu),
engkau melihat nikmat yang melimpah-limpah dan kerajaan yang besar (yang tidak ada bandingannya).
Mereka di dalam Syurga memakai pakaian hijau yang diperbuat dari sutera halus dan sutera tebal (yang bertekat),
serta mereka dihiasi dengan gelang-gelang tangan dari perak;
dan mereka diberi minum oleh Tuhan mereka dengan sejenis minuman (yang lain) yang bersih suci.
(Serta dikatakan kepada mereka):
"Sesungguhnya (segala pemberian) ini adalah untuk kamu sebagai balasan, dan adalah usaha amal kamu (di dunia dahulu) diterima dan dihargai (oleh Allah)".
Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad),
dengan beransur-ansur.
Oleh itu hendaklah engkau bersabar menerima hukum Tuhanmu (memberi tempoh kepada golongan yang menentangmu),
dan janganlah engkau menurut kehendak orang yang berdosa di antara mereka,
atau orang yang kufur ingkar.
Dan sebutlah dengan lidah atau dengan hati akan nama Tuhanmu (di dalam dan di luar sembahyang),
pada waktu pagi dan petang;
Dan (dengan apa keadaan pun maka) pada sebahagian dari waktu malam sujudlah kepada Tuhan (dengan mengerjakan sembahyang),
dan (seboleh-bolehnya) bertasbihlah memujiNya (dengan mengerjakan sembahyang Tahajjud),
pada sebahagian yang panjang dari waktu malam.
Sesungguhnya orang-orang (yang menentangmu) itu sentiasa mencintai (kesenangan dan kemewahan dunia) yang cepat habisnya,
serta mereka membelakangkan (tidak menghiraukan bekalan) untuk hari akhirat yang amat berat (penderitaannya kepada orang-orang yang tidak bertaqwa).
Kamilah yang menciptakan mereka serta menguatkan tulang sendi dan urat saraf mereka; (Kami berkuasa membinasakan mereka) dan apabila Kami kehendaki,
Kami gantikan (mereka dengan) orang-orang yang serupa dengan mereka,
dengan penggantian yang sebaik-baiknya.
Sesungguhnya (segala keterangan yang disebutkan) ini,
menjadi peringatan;
maka sesiapa yang mahukan (kebaikan dirinya) bolehlah ia mengambil jalan yang menyampaikan kepada keredaan Allah (dengan iman dan taat).
Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah;
sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui,
lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendakiNya).
Ia memasukkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditetapkan) ke dalam rahmatNya (dengan ditempatkannya di dalam Syurga);
dan orang-orang yang zalim, Ia menyediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

Friday, April 27, 2012

Berbuat kebajikan sebelum tutup mata

Ketika kita sedang sibuk dalam pergolakan politik dengan isu Bersih 3.0nya, pemansuhan PTPTNnya, menuntut pendidikan percumanya (lupakanlah dulu hal pergolakan ini) kerana ada yang lebih penting daripada itu..malah bencana kepada gelombang tsunami baru- baru ini juga adalah amaran daripada Allah s.w.t. Jabatan Meteorologi Malaysia menjelaskan bahawa negara sekarang sedang mengalami ‘monsun peralihan’ yang bermula pada awal bulan Mac lalu dan dijangka berterusan sehingga pertengahan sehingga hujung bulan April ini. Terdengar keluhan warga laut yang sumber pendapatannya terganggu dalam tempoh ini yang melibatkan ribut petir dan hujan lebat yang berlaku pada sebelah petang hingga awal malam di negeri-negeri pantai barat semenanjung. Cuaca juga dijangkakan lebih lembab disebabkan berlakunya perolakan yang lebih kuat di mana ia boleh meningkatkan aktiviti ribut petir pada sebelah petang dan lewat petang. Baru baru ini, hujan lebat lebih empat jam telah menenggelamkan beberapa jalan sekitar Kuala Lumpur dan beberapa kawasan di Selangor. Seorang kanak-kanak berusia 13 tahun turut terbunuh akibat tanah runtuh. Marilah sahabat semua, kita menghulurkan bantuan kepada mereka. Berbuat sumbanganlah kepada mereka yang memerlukan. Menjadikan setiap yang berlaku itu sebagai pedoman buat kita. Maut semakin merangkak memaut diri kita. Maka, berbuat kebajikanlah sebelum kita menutup mata.

Ruang buat hafiz hafizah selatan Thailand

Kebanyakan mereka bergelar al-Hafiz, di selatan Thailand rata-rata mereka hanyalah mengikuti pelajaran formal di pusat-pusat pengajian tempatan yang lebih dikenali sebagai sekolah pondok tradisional. Di mana saja, lebih-lebih lagi di wilayah yang majoriti penduduknya beragama Islam, iaitu Yala, Narathiwat dan Patani, sekolah pondok menjadi tempat mereka menghabiskan usia remaja dalam mendapatkan ilmu pengetahuan. Ramai dalam kalangan mereka kembali menjadi ustaz atau ustazah di sekolah yang sama. Mereka yang berkemampuan mungkin membuka pondok sendiri bagi memberikan ruang pembelajaran yang lebih baik kepada anak tempatan. Bantuan kerajaan, hanyalah kepada sekolah yang berdaftar dengan agensi berkaitan sahaja layak menerima secara bulanan dan tahunan. Namun, difahamkan terdapat juga bantuan berbentuk prasarana dan kemudahan. Jadi tidak pelik, masyarakat Selatan Thailand yang bergelar Al-Hafiz tidak ke mana-mana, hanyalah menjadi ustaz dan ustazah kampung sahaja. Keadaan ini tidak dinafikan, membuatkan mereka lebih mudah terpengaruh dengan anasir subversif dan berhaluan kiri yang menentang kerajaan kerana menganggap mereka diketepikan pembangunan sedangkan, golongan ini yang memilih untuk dianaktirikan kerajaan. Namun, mereka masih ada 'cahaya di hujung terowong' apabila kerajaan negara pimpinan negara Gajah Putih itu meminta kerjasama Kerajaan Malaysia mengadakan misi damai selatan Thailand. Atas sebab itulah, Malaysia bersedia menubuhkan Task Force 2010 (Malaysia) yang bekerjasama dengan Task Force 960 (Thailand) bagi merangka pelbagai program yang bertujuan membantu penduduk Islam di tiga wilayah yang bergolak berkenaan. Salah satu daripadanya memberikan pendidikan lebih formal kepada masyarakat antaranya melahirkan lapan pelajar Diploma Tahfiz Al-Quran di Pusat Islam Darul Quran, Kuala Kubu Baru selain kursus kejururawatan dan kursus kemahiran baik pulih enjin dan komputer. Bagaimanapun, apabila Task Force 2010 (Malaysia) ditamatkan pada 1 Januari 2010 lalu selepas tiga tahun tempoh diberikan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam berakhir, pelajar ini masih dikendalikan kerajaan melalui Yayasan Kebajikan dan Pendidikan Asia Tenggara (Seaweed) yang diketuai bekas Ketua Pengarahnya, Tan Sri Wan Abu Bakar Wan Omar sebagai pengerusi. Usaha Task Force 2010 (Malaysia) itu bertujuan bagi memastikan, selatan Thailand akan mampu mempunyai golongan generasi belia yang berupaya untuk membantu masyarakat sendiri dan sekali gus mengelakkan mereka daripada terjebak dalam sebarang kegiatan yang tidak sihat. Tinjauan keadaan ketiga-tiga wilayah bergolak semasa mengikuti lawatan Task Force 2010 (Malaysia) dan Task Force 960 (Thailand) kira-kira empat tahun lalu mendapati lebih 500 pondok pengajian Islam di sana dikendalikan tanpa bantuan kerajaan. Hampir separuh daripada pondok-pondok berkenaan kelihatan terlalu usang dan meneruskan urusan pengajian dengan dana persendirian.

Relevankah jawapan Tun M tentang hudud?

Tun Dr Mahathir berkata, kita harus tahu apa hukum hudud. Yang pertamanya, hukum hudud ini ditentu oleh ahli-ahli Fiqah, ia tidak terdapat dalam alQuran, dalam alQuran ada hukum-hukum yang tidak begitu keras, seperti hukum hudud ciptaan ahli-ahli Fiqah. Sebab itu apabila kita mahu laksanakan sesuatu, kita harus rujuk kepada alQuran kerana itu punca, asas kepada agama kita dan kalau kita baca alQuran dalam bahasa yang kita faham, kalau kita baca dalam bahasa Arab mungkin kita tidak faham, walaupun bunyinya sedap tetapi kita tidak faham. Dalam bahasa sendiri kalau kita baca alQuran terdapat sekurang-kurangnya 43 ayat yang menegaskan apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil, dalam Islam yang diutamakan bukan hukuman itu, bukan saksi yang empat, tetapi hukuman yang adil. Kita hidup dalam masyarakat berbilang agama, ada pendapat yang disuarakan pihak yang mahu laksanakan hukum hudud ini di Malaysia, mereka kata hukum hudud ini akan dikenakan kepada orang Islam sahaja, orang bukan Islam tidak akan dikenakan hukum hudud. Apa akan jadi jika seorang orang Islam dan seorang orang bukan Islam melakukan satu jenayah mencuri, apabila kita hukum mereka, yang Islam kita potong tangan, yang bukan Islam kita masuk dalam jel selama dua bulan. Kalau kita tanya diri kita, apakah ini adil? Adilkah orang Islam putus tangan, orang bukan Islam masuk jel dua bulan, lepas itu bebas, adilkah? Dalam Islam hukuman mesti adil, kalau kita dapati kes rogol umpamanya, sebenarnya dalam surah mizan, tiada hukuman ini disebut apa yang dipanggil sebagai hukum hudud. Apabila seorang wanita dirogol, dia kenal siapa yang merogolnya, tetapi dia tidak dapat adakan empat orang saksi yang bebas daripada dosa besar untuk diberitahu kepada mahkamah bahawa dia telah dirogol oleh seseorang..oleh kerana dia tiada empat saksi, pertuduhan ini dianggap sebagai tidak betul. Dalam hudud ini kita ada denda atau hukum sebat sehingga 80 kali, kemudian kalau hamil dan melahirkan anak, dia dituduh berzina, dan tentunya hukuman bagi orang yang berzina ini tiada dalam al-Quran tetapi ahli Fiqah kata hukuman bagi orang berzina ini ialah rejam dengan batu sampai mati, adil kah mangsa rogol dibunuh, perogol dilepas semata-mata tiada empat orang saksi. Ini semua ditokok tambah. Sebab itu kita sanggup membelakangkan ajaran alQuran dan mengutamakan hukum yang amat berat ini. Sebab itulah jika ada cadangan untuk buat hukum hudud, mereka bukan bercakap tentang hukum Islam, tetapi ia adalah ciptaan mereka sendiri dan kita tidak dapat terima. Sumber: http://www.youtube.com

Sunday, March 4, 2012

Dapatkan syafaat Rasulullah

Selawat. Selawat. Selawat.
Besar fadhilatnya, teman sekalian.Barangsiapa yang berselawat ke atas Rasulullah, maka memperolehi syafaat dari baginda, sekali gus dapat menjalin hubungan yang rapat dengan baginda. Pengamal selawat (kalian semua, insyaAllah) juga terhalang dari kesusahan dan dilapangkan rezeki buatnya. Selawat juga melapangkan dada dan mententeramkan jiwa. Di samping itu, di tuliskan 10 kebaikan kepada perkara yang di lakukan dan di hapuskan 10 kesalahan bagi diri pengamal. Berselawat kepada Rasulullah juga akan menghindarkan diri dari menjadi bakhil sekali gus menjadikan doa kita, mudah diterima oleh Allah s.w.t.
Kemudian, dimudahkan pula jalan untuk kita memasuki syurga Allah. Dimana pengamal selawat (kalian semua, insyAllah) akan tergolong dalam golongan soleh (yang mendekatkan diri kepada Allah).
Ia akan menjadi zakat dan pembersih diri bagi mereka serta memperoleh limpah rahmat dari Allah s.w.t. yang turut berselawat ke atasnya diwakili para malaikat serta mendapat pujian dari seisi alam, iaitu makhluk dimuka bumi dan juga di langit. Pengamal selawat (kalian semua, insyaAllah) juga akan hilang kefakiran dan dipandang sebagai orang yang mencintai baginda serta mendapat keberkatan dalam hidupnya.
Maka, sudah jelas saudara sekalian..apa yang ditunggu lagi... amalkanlah selawat ke atas junjungan besar Nabi kita, Muhammad s.a.w. sementara nyawa masih ada dan roh tidak tercerai dari jasad.

Saturday, March 3, 2012

Pelajari Arab untuk Allah dan kalamullah

Sungguh manusia itu sibuk dalam perkara yang ntahapahapa. Begitulah juga diriku serta sahabat semua, bukan?. Satu cabang dakwah pun kita tidak dapat luangkan masa kita. Huh..Sungguh manusia itu.. sentiasa dalam kerugian. Astaghfirullah hal adzim...
Berbalik kepada perkongsian..
wahai saudara sekalian, sememangnya sudah menjadi fitrah manusia itu ingin memahami kandungan alQuran..dan berusaha menghayatinya dengan pelbagai cara. Dan..cara yang lebih mudah di lihat oleh kita adalah melalui terjemahan alQuran. Sejarah tercatat dari kajian bahasa tuhan atau alQuran itu bermulanya dari hasrat manusia yang ingin mengetahui keindahan bahasa dan kerapian susunan alQuran itu sendiri. Ok...kita lihat pada sejarah terjemahan, ia bermula dari abad ke 11 hijrah bersamaan 17 masihi..dimana diterjemahkan berpuluh kali dari pelbagai jenis manusia di seluruh pelosok dunia...dan 52 buah darinya darinya adalah terjemahan alQuran dalam bahasa Melayu/Indonesia..(wah!)..manakala bahasa lain? (maaf tidak mengkajinya)...ia tentulah banyak sahabatku sekalian...Sungguh manusia itu.. ingin mengetahui kedalaman maksud kandungan alQuran yang mana keindahannya tidak dapat ditemui dalam mana- mana buku atau kitab bahasa Arab yang lain.
Sungguh manusia itu.. punya fitrahnya ingin mengetahui apa yang disampaikan tuhannya..melalui kalimat yang sangat halus, gaya bahasa sastera majaz, metafora, perumpamaan dan penyerupaan yang begitu indah. Ya, tinggi dan dalam maksudnya yang mana hanya Allah mampu menyusun kalimah kalimah itu dengan cukup sempurna.MasyaAllah, Allah tuhan kita itu, maha seni..mengajar kita erti baca, mengajar kita erti pemahaman melalui tulisannya dan petunjuk yang cukup sempurna supaya kita tidak buta dan tersesat dalam kesesatan yang nyata.
Dan.. kita sebagai muslim perlu punya azam yang tinggi untuk memahami apa yang diperkatakan dan menjadi suruhanNya. Namun, kita ada cara yang lebih tepat lagi wahai sahabat semua..iaitu untuk memahaminya hanya memperuntukkan masa anda dengan mempelajari bahasa Arab.. Kemudiannya, anda boleh melewatinya sendiri kedalaman bahasa alQuran yang sungguh puitis dan cukup dalam siratannya. Walaupun berlambak terjemahan di luar sana, jangan mengharapkan terjemahan itu sahaja, tetapi perlu mempraktikkan sendiri bahasa Arab supaya kita lebih mudah untuk memahami kandungan alQuran tanpa rasa was was.. sekali gus membolehkan kita faham bacaan dalam solat.. faham doa kita padaNya dan kita akan lebih dekat dan mengenali siapa tuhan kita..kehendak serta laranganNya melalui alQuran. Maka, marilah sahabat semua, kita pelajari dahulu bahasa tuhan..moga moga kita mendapat apa pengertian alQuran melalui pemahaman yang paling berkesan untuk tuhan kita dan tanah Arab! chayokkk!!

Monday, January 30, 2012

Peringatan buat pengantin perempuan

Bagi mereka yang bakal melangkah ke alam rumahtangga, adalah menjadi kewajipan untuk memperingati setiap dari pesanan Rasulullah s.a.w. Lebih- lebih lagi ingatan kita kepada kelahiran junjungan besar yang akan melimpahkan kita pahala dan bakal memperoleh syafaatnya. Maka selalulah memperingati dan mengikuti pesanannya, Insyaallah memperoleh keberkatan hidup di dunia.

Dengarkan ini wahai bakal pengantin perempuan! Bahawasanya Rasulullah itu membimbangi dan telah meninggalkan pesanan buat kamu terutamanya bagi mengembang biak keturunan.

Rasulullah s.a.w. telah berwasiat kepada Saidina Ali bin Abi Talib r.a dimana baginda telah bersabda :

"Wahai Ali, apabila pengantin perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka (suruh ia) tanggalkan kasutnya ketika ia duduk dan (suruh ia) membasuh kedua-dua kakinya. Maka sesungguhnya apabila kamu berbuat demikian Allah mengeluarkan tujuh puluh jenis kefaqiran dari rumah kamu! dan Allah s.w.t. menurunkan tujuh puluh rahmat yang sentiasa menaungi di atas kepala pengantin sehingga sentiasa keberkatan itu meratai setiap penjuru rumahmu dan pengantin itu sejahtera dari penyakit gila, sawan (gila babi) dan sopak selama mana ia berada di dalam rumah tersebut. Laranglah pengantin itu daripada memakan dan meminum empat jenis makanan ini pada minggu pertama perkahwinan iaitu:


1. Susu

2. Cuka

3. Coriander (Ketumbar)

4. Apple Masam


Saidina Ali r.a bertanya, "Wahai Rasulullah, mengapakah empat jenis makanan ini di larang..?"

Baginda menjawab, "Kerana rahim perempuan itu kering dan sejuk, dengan sebab dari empat perkara (makanan) ini untuk menghalang dari dapat anak. Sesungguhnya tikar dipenjuru rumah adalah lebih baik daripada perempuan yang tidak dapat anak."

Saidina Ali r.a bertanya lagi, "Wahai rasulullah, mengapakah cuka itu dilarang..? (semasa haid dan semasa minggu pertama perkahwinan)."

Baginda menjawab pula, "Apabila ia minum cuka semasa haid, sesungguhnya haidnya
itu tidak akan bersih selama-lamanya secara sempurna. Mengenai Coriander (ketumbar) ia mengganggu haid di dalam perutnya dan menyukarkan kepadanya kelahiran. Tentang Apple masam, ia memotong haid sebelum masanya maka menjadikan haid itu berlalu begitu saja dengan sebabnya."

Maka berperhatianlah kepada pesanan Rasulullah s.a.w wahai bakal pengantin sekalian, semoga kita mendapat zuriat dengan cepat, sempurna dan amat soleh, Insyaallah.

Wednesday, January 25, 2012

Bangunlah tahajjud dan qiamulail...

Hasbiallahu lailahailla huwa alaihi tawakkaltu wahuwa robbul arshil adzhim.

"(Cukuplah Allah bagiku yang menolong dan memeliharaku)tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Dia. Kepadanya aku berserah diri dan dialah yang memiliki Arasy yang agung". al Tawbah: 129

Potongan surah ini yang layak kita baca ketika sepertiga malam..laungan dengan suara yang keras serta sedu sedan yang layak kita dahulukan ketika berqiam..lupakan segalanya, kecuali tanggungjawab yang menuntut kepada pelaksanaan serta kewajipan sebagai seorang isteri kepada suami, seorang suami kepada isteri atau seorang ibu kepada anak.

“Pada setiap malam di sepertiga terakhir pada bahagian malam,Allah turun ke langit dunia dan berseru:

”Siapa yang memangggilKu, maka Aku akan menyambutnya. Siapa yang memohon kepadaKu,Akupun mengabulkannya. Dan siapa yang memohon ampun, maka Aku mengampuninya.

(Bukhari,Muslim,Tarmizi.)

Fadhilat beribadat pada sepertiga malam...

1.Pahala yang tidak terhalang
2.Allah mengabulkan permintaan
3.Memperoleh nikmat dalam syurga
4.Bertambah dekat dirinya kepada Allah
5.Allah mengangkat di tempat yang terpuji
6.Akan beroleh sifat sabar
7.Senang berkorban dan membantu orang terutamanya kalangan miskin
8.Terhindar dari segala penyakit yang berasal dari tubuh badan
9.Tidak mudah dihasut dan tidak bersahabat dengan syaitan

Di kala itu, pohonlah pada tuhanmu dari ayat suratul Furqan: 74.
"Wahai tuhan kami anugerahkanlah kepada kami pasangan dan zuriat keturunan kami sebagai penerang hati kami dan jadikanlah kami pemimpin ikutan bagi orang yang bertaqwa".

Amin ya rabbal alamin.

Sunday, January 15, 2012

Jum hijrah Tanah Arab!!!!!

Sebenarnya aku tak nak sentuh bab politik dalam blog ni...tapi oleh kerana rasa terpanggilnya aku untuk Islam..perjuangan untuk agama dan pendakwahan untuk akidah Islamiyyah anak muda zaman ini aku terpaksa jua bersuara. Walaupun sebenarnya aku cukup mual dengan politik negara...namun disebabkan Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) mengatakan bahawa ia adalah undang- undang lapuk...tiba- tiba kepalaku terasa membesar..mungkin ini simptom dari keberangan manusia.

Sudah terang lagi bersuluh berlaku segala macam sehingga terdapat perkahwinan sejenis pula (nauzubillah)..juga kita melihat International Lesbian, Gay dan intersex Association (LGBT) itu juga cukup giat meminta Malaysia menganjurkan semula seksualiti Merdeka yang katanya melambangkan budaya Asia...(@#$%*&!!!)..Adakah ia sesuatu yang lapuk? Malah kenyataan yang paling cetek dari Majlis Peguam Negara yang kononnya mahu Malaysia dihormati sebagai negara yang demokrasi haruslah berhenti mengganggu dan memberi ruang kepada kumpulan seksual minoriti..(@#$%^&*?!!!!) apa punya statementla..

Dan terbaru, Presiden Majlis Peguam Negara, Lim Chee Wee juga turut mengulas kenyataan Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) bahawa mereka menghormati hak orang Islam walaupun memberi kenyataan tersebut dan bersedia mendengar sesiapa sahaja untuk menyuarakan pandangan asalkan ia dirunding secara damai.

kata Lim (dalam sembang kopi bersama wakil media), hal seperti agenda LGBT yang mahu penghapusan bagi seksyen 377 A dan B tidak membezakan antara aktiviti homosexual dan heterosexual termasuklah fellatio. Ini bermakna ia sudah ketinggalan zaman. (amboi!!!)

Katanya juga, berkenaan agama Islam pula, dia memahami terdapat peruntukan berkenaan larangan aktiviti homosexual dalam undang-undang syariah. Malah, apabila dinilai antara pendakwaan jenayah dan perbincangan intelektual, maka cara kedua dilihat lebih menarik dan berkesan kepada masyarakat amnya, katanya yang turut memperakui bahawa ia tidak akan merosakkan perlembagaan Negara. (semua adalah karut...)

Ini adalah manusia yang berselindung disebalik belakang (!@#$%*) sejenis nih...

Disini cuba anda lihat dan explore tentang gay di Malaysia (sebuah pertubuhan Gay yang mengaku kumpulan mereka dari Malaysia Gay Club...terdapat di laman sosial dan ia membabitkan remaja dan anak- anak lelaki kita.

Dalam satu sidang media Pertubuhan Jaringan Melayu Bersatu Malaysia (JMM)yang ingin melindungi anak- anak dari LGBT dan seks bebas memperakui dunia Islam sudah dipesongkan dan menyetujui meningkatnya HIV/AIDS dasekaligus merosakkan hubungan perkahwinan antara pasangan suami isteri akibat terjebaknya budaya kumpulan seksual minoriti ini yang menular masuk ke negara ini.

"Ini kerja gila!" kata presiden JMM..hai presiden.. bukan setakat presiden je yang kata macam tu...aku pun turut menyokongnya...bahkan mereka seolah tidak menghormati hak orang Islam apabila bersepakat ingin menghapuskan seksyen 377 kanun keseksaan yang boleh merosakkan perlembagaan negara.

Bagaimana dengan hal ini? bolehkah kita renung sejenak bagaimana menangani hal ini? Bagaimana sekiranya hukum hudud jikalau dilaksana? adakah pelaksanaan hudud itu dapat dilakukan seperti yang digariskan al quran oleh kita di Malaysia?. Adakah kita mampu untuk melakukan hudud? bagaimana dengan manusia yang mengamal liberal ini?...bagaimana dengan kaum yang tidak mahu menyokong hudud? orang bukan Islam? ahh...sungguh sukar...masing- masing mempunyai pemikiran tersendiri tidak satu hati...ini tidak dipanggil jihad fisabilillah.. jikalau sebuah negara Islam Itu dapat melaksanakan hudud dan di persetujui oleh semua... (ini hanya di negara arab Islam) maka...untuk tidak peningkan kepala...mari kita berhijrah ke tanah ARAB yang sudah tentunya mengamalkan undang- undang Islam yang sebenar dari Allah.