Wednesday, July 4, 2007

Jemaah Kanak- Kanak Meriahkan Masjid


Kebanyakan ibu bapa kini sudah menyedari kepentingan solat berjemaah yang seharusnya dibentuk dari peringkat awal kepada anak- anak mereka. Ini sebagai langkah membentuk generasi masa depan yang patuh dengan anjuran dan galakan agama Islam.

Adanya program merangka pelan tindakan dalam mewujudkan beberapa program kecemerlangan solat inilah mendorong pihak JAHEAIK bersedia membentuk generasi solat pertama kali di masjid demit. Sebilangan ibu bapa berasa terpanggil untuk menghantar anak- anak lelaki dan perempuan mereka dibawah lingkungan umur 6- 12 tahun untuk mempelajari panduan bersolat, mengaji dan mengikuti kuliah agama.

Diantara waktu maghrib dan isyak inilah yang mendorong usaha ahli Jawatankuasa masjid sekaligus dapat memupukkan akhlak murni kanak- kanak serta menarik minat yang mendalam dikalangan mereka.

Program yang telah dirancang melalui Jawatankuasa Pembangunan Keluarga Islam dan Sosial ini adalah bertujuan untuk menjadikan sembahyang sebagai tumpuan utama dalam menangani gejala sosial remaja, belia dan golongan dewasa.

Ini kerana telah dikenalpasti kemerosotan nilai- nilai moral umat Islam hari ini dipercayai kerana tiada perancangan strategik pengukuhan solat dalam masyarakat.

Kerajaan negeri Kelantan melalui dasar membangun bersama Islam telah memperuntukkan RM 1 Juta bagi program bulan sembahyang, manakala bagi menganjurkan program jemaah kanak- kanak di masjid ini setiap masjid bagi 14 mukim yang kesemuanya diperuntukkan sebanyak RM 42,000 ribu.

Menurut Ab Aziz Pengarah JAHAEIK, program ini menjadikan masjid sebagai tempat membina generasi sembahyang kepada anak- anak mulai umur 7 sehingga 12 tahun.

“Memasyarakatkan masjid sebagai pusat aktiviti kemasyarakatan samada kanak- kanak, remaja, belia dan dewasa. Ia juga sebagai usaha membantu ahli jawatankuasa masjid untuk merancang, menagada dan menguruskan program kemasyarakatan menepati keperluan dan sasaran”.

Manakala menurut Kadi JAHEAIK yang memberi idea pelaksanaan program ini, Che Abd Rahim Jusoh, kebanyakan tenaga pengajar adalah dari ahli jawatankuasa masjid dan kerjasama daripada Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) yang juga mengumpulkan empat orang tenaga pengajar muda yang cuba membantu program yang telah dijayakan selama sebulan ini akan dikekalkan dan berjalan dengan teratur.

“Kami juga mengajar dengan menggunakan modul yang telah disediakan oleh pihak JAHEAIK, bagi melaksanakan matlamat jemaah dikalangan kanak- kanak ini”.

No comments: