Majlis perasmian dan pelepasan peserta telah disempurnakan oleh Menteri Besar Kelantan, Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, dalam ucapannya, beliau melahirkan rasa begitu bangga kerana kita ada semangat untuk menjelajah dengan penghayatan Islam disamping mempromosikan Taman Negara Kuala Koh.
Pengalaman baru
Program yang berlangsung selama dua hari ini sememangnya memberikan banyak pengalaman baru pada setiap peserta. Aktiviti yang dijadualkan bukan sahaja menyeronokkan tetapi juga mencabar kekuatan mental dan fizikal peserta. Antara aktiviti yang lebih kepada penghayatan kepada kaedah penggunaan minda. Manakala tenaga pula digunakan untuk memacu kenderaan untuk menyusuri jalan ke Kuala Koh.
Pelbagai aktiviti dijalankan dengan pencarian daripada jawapan dan soalan walaupun agak memenatkan, tetapi raut wajah ceria setiap peserta dapat menggambarkan mereka begitu seronok melalui perjalanan ke sini. Sepanjang perjalanan mereka dapat melihat pelbagai hidupan fauna dan flora yang masih kekal terpelihara. Setidak-tidaknya aktiviti ini boleh mencetus kesedaran akan pemeliharaan terhadap khazanah dan alam semula jadi.
Dalam pada itu, peserta juga telah diuji dengan pelbagai permainan bagi memupuk semangat kerjasama dalam kumpulan masing-masing.
Salah seorang dari Team Nisa, telah melalui pengalaman tayar bocor sepanjang laluan mereka di Kota Bharu yang sedang sibuk mencari jawapan kepada persoalan yang diajukan penganjur secara bertulis. Nurul Huda, 19 merupakan salah seorang daripada team tersebut.
“Penjelajahan ini bagi saya sungguh mencabar lebih- lebih lagi apabila tayar bocor di Kota Bharu. Walaupun kami team Nisa’ Gua Musang tapi tak pernah mempunyai pengalaman memasuki taman Negara Kuala Koh. Berdebar juga menghadapi jalan sebegini. Terasa seperti melalui bukit Frasier”.
Pemandu kereta berkenaan, Hayati Haron, 19, memberitahu, mereka tidak membawa laju. “Tayar kereta pecah semasa di Kota Bharu lagi. Namun, pengalaman seperti ini banyak mengajar. Dan sekiranya diberi peluang, saya mahu untuk membuat XPDC penjelajahan berkereta di tempat lain pula.”
Pemenang
Pemenang utama yang menggondol RM2, 500 berasal dari Kelantan yang juga merupakan adik kepada bekas pemain badminton negara iaitu Hafiz Hasyim. Manakala pemenang kedua adalah kumpulan kakitangan Redicare dari negeri Terengganu. Pemenang ketiga bagi XPDC ini adalah Kumpulan kakitangan guru dari Kelantan daerah Pasir Mas seramai 3 orang.
Kebanyakan peserta sangat gembira dengan keterlibatan mereka ke Kuala Koh walaupun masa disana terlalu singkat. Mereka juga masih dapat bergembira walaupun mengalami sedikit keletihan kerana akan pulang ke rumah masing2 membawa kenangan XPDC yang tidak ternilai.
Perasmian Penutup
Majlis perasmian penutup program ini telah disempurnakan oleh Drs Zainuddin Awang Hamat, Adun Limbungan bertempat di Dewan Teratai SUK yang sanggup meluangkan masa untuk memnyerahkan hadiah kepada peserta dalam aktiviti lasak seperti ini berharap ianya dapat mencetuskan minat dan memberikan dorongan keada rakan-rakan anak muda yang lain untuk turut sama menyertai aktiviti ini dimasa akan datang.
Menurutnya lagi belia-belia seperti anak muda sekarang ini haruslah didedahkan dengan sebanyak mungkin program-program lasak dan menguji minda seperti ini. Ini kerana semangat juang yang tinggi dalam program sebegini mampu membentuk keyakinan hidup berdikari dan sekaligus mereka merasakan diri mereka lebih dekat dengan alam dan masyarakat.
Disamping itu, ia turut boleh memainkan peranan bersama untuk menghargai dan mencintai khazanah alam semula jadi.
PULAU MELAKA: XPDC pencarian harta karun Cum Explore Race 2007 yang diberi pelepasan daripada Menteri Besar Kelantan, memberikan sedikit amanatnya sebelum melepaskan peserta- peserta ke Kuala Koh.
Menurut Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, “Kita sebagai orang Islam perlu memperomosi Islam dengan pelbagai cara. Saya sebagai ketua kerajaan mempromosi Islam melalui jawatan saya sebagai Menteri Besar, walaupun ada orang cakap melalui kerajaan Islam tidak boleh memerintah dalam masyarakat majmuk namun, selama 15 tahun memerintah tidak adapun kaum Cina marah dengan pemerintahan kerajaan negeri dari segi falsafah dan pemerintahan.
“Bagaimanakah manusia akan dapat syurga tanpa melalui Islam. Sebab itulah pentingnya Islam samada dari segi ibadatnya, ekonominya, sosialnya dan segala macam bentuk.
“Melalui xpdc ini diharapkan semua peserta dan krew yang terlibat berada dalam keadaan yang selamat. Dimana apa sahaja yang kita buat adalah bersandarkan ajaran Islam sepenuhnya”.
XPDC EXPLORE RACE YANG AGAK EXTREAME:
LAPORAN KHAS DARI PENYIAR RASMI XPDC PENCARIAN HARTA KARUN CUM EXPLORE RACE 2007
Ekspidisi pencarian harta karun Cum Explore Race 2007 yang berlangsung selama 2 hari 1 malam dari Kota Bharu ke Kuala Koh telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari peserta yang mengambil bahagian dalam acara sukan mencabar minda dan tenaga baru- baru ini.
XPDC ini telah dirasmi dan diberikan pelepasan oleh Menteri Besar Kelantan berdekatan kediamannya di Pulau Melaka bersempena Tahun Melawat Malaysia 2007, Kelantan Challenge Treasure Hunt mendapat kerjasama dari semua pihak. Ikuti liputan rasmi Wartawan Mingguan Wasilah dari Kota Bharu ke Taman Negara Kuala Koh.
7. 00 pagi:
Kesemua peserta berkumpul bersama kereta yang sudah dilekatkan nombor dan poster Kelantan Challenge Treasure Hunt 2007 sambil menunggu bermulanya ekspidisi ke dari Kota Bharu ke Taman Negara Kuala Koh, Gua Musang.
8. 00 pagi:
Sebelum mulakan pelepasan, Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat mengambil kesempatan berucap disamping mendoakan keselamatan perjalanan bagi peserta yang bertanding dalam sukan penjelajahan berkereta, bagi memudahkan semua pihak yang terlibat dalam ekspidisi ini.
8.30 pagi:
Menteri Besar Kelantan telah melangkah ke tapak perhimpunan untuk mengibarkan bendera dengan melepaskan satu persatu kenderaan yang terlibat dalam penjelajahan explore race ini.
12.00 tengahari:
Semasa singgahan dan laluan peserta ke setiap destinasi untuk mencari maklumat yang ingin menyambung pencarian mereka daripada soalan yang dikemukakan oleh pihak ekspidisi, mereka telah singgah ke check point di Maahad Tahfiz Sains untuk solat jumaat.
BUKIT PANAU: Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Belia dan Sukan Abdul Fatah Mahmood, telah membuat ucapan dan amanat beliau kepada para peserta tentang keberkesanan program dan pelbagai projek berbentuk XPDC akan dibuat bertempat di Maahad Tahfiz Sains, Bukit Panau.
Akan cuba buat sekali lagi supaya dapat buat penyertaan daripada saya serahkan pada
Saya doakan daripada perjalanan ini keselamatan dan kejayaan kepada anda yang menyertai xpdc ini
Dan selepas ini saya akan buat yang lebih besar bersempena tahun melawat Malaysia dan kelantan pada 2008.
2.30 petang:
Perjalanan diteruskan setelah soalan penghabisan di daerah Machang. Kemudiannya penjelajahan terus tanpa soalan ke Taman Negara Kuala Koh.
5.00 petang:
Beberapa buah kereta telah sampai awal sewaktu masuk laluan ke Taman Negara Kuala Koh merupakan perjalanan yang paling extreme kerana dikatakan seperti melalui Bukit Frasier dan Genting Highland, sekaligus mencabar para peserta.
8.00 malam:
Pengerusi Anak Muda Kelantan, Nazri Deraman telah memberikan ucapan dan program yang akan dilaksanakan pada keesokan hari.
10. 00 malam:
Majlis Bersurai.
7.00 pagi:
Semua peserta bersiap sedia mengambil tempat untuk memulakan pencarian kepada soalan yang diberikan oleh Roslan Idris merangkap pengerusi Program XPDC pencarian harta karun Cum Explore Race 2007.
10.00 pagi:
Soalan telah berakhir peserta akan meneruskan perjalanan dari Kuala Koh ke Dewan Teratai bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Kota Bharu.
4.00 petang:
Mengumumkan pemenang dan cabutan bertuah bagi peserta. Setiap penyertaan memperolehi hamper.
No comments:
Post a Comment