Tuesday, July 3, 2007

Membentuk Perniagaan Melalui Pertukaran Barangan


Program gerakan berdikari rakyat Kelantan sekali lagi memupukkan minat rakyat Kelantan untuk menerokai bidang keusahawanan dan menjadikannya berkembang bagi masyarakat Islam amnya.

Sambutan rakyat Kelantan di Kedah amat memberangsangkan apabila pendedahan kepada potensi diri melalui ilmu dan eksplorasi pengalaman tanpa mengharapkan bantuan dan pertolongan orang lain secara berterusan itu telah mengaktifkan penglibatan mereka dengan lebih mendalam.

Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian dan Sumber Manusia, Zulkifli Mamat memberitahu, bahawa adanya program seumpama ini dapat mengajak muda mudi supaya menjadikan isu terbesar pengangguran di Kelantan dapat dikurangkan dengan keupayaan untuk membentuk perniagaan melalui pertukaran barangan.

“Sistem ini bagi memastikan rakyat Kelantan di Kedah dapat membekalkan seberapa banyak jenis makanan tersohor seperti ikan pekasam di tasik Pedu, bahulu atau bermacam jenis makanan asli yang terdapat di Kedah yang tidak terdapat di Kelantan. Sekaligus menukarkan makanan Kelantan ke kawasan Kedah seperti budu, serunding daging dan sebagainya.

Menurutnya, saranan terhadap rantaian pemasaran yang baik sangat diperlukan bagi memastikan segala produk daripada perniagaan yang dihasilkan dapat berkembang dengan baik.

“ Fikir secara serius bahawa kuasa beli adalah daripada kita. Benda utama yang memastikan produk kita dapat bersaing dengan produk- produk lain adalah memastikan kekuatan dari segi rantaian pemasaran dengan sebaik mungkin”, katanya lagi pada program anjuran Pupuk Nilai Murni Berhad yang bertindak sebagai pemangkin dan penggerak rakyat untuk berdikari melalui penguasaan ilmu pengetahuan pada masyarakat.

No comments: