Selepas beberapa kejayaan dan kemajuan yang telah dicipta oleh pemerintahan Parti Islam Se-Malaysia (PAS), kini, seramai 100 orang ahli UMNO bersedia untuk kemasukan secara besar- besaran di Kampung Bechah Landak, Tempoyak Kawasan Dewan Undangan Negeri Tendong.
Mereka telah diketuai oleh Harun Samah, Bekas Ketua Cawangan UMNO, Bechah Landak merangkap setiausaha Penyelia Pembangunan Mukim (PPM) cawangan Tempoyak.
Menurut Harun, dia sedia memasuki parti PAS kerana menyedari hakikat bahawa dia tidak dipedulikan oleh wakil dari UMNO. Hal ini berterusan apabila kematian yang berlaku dalam keluarganya juga tidak diendah oleh wakil rakyat kawasannya.
Berbanding pula dengan pimpinan PAS yang sentiasa prihatin dalam menangani permasalahan rakyat dengan memberi bantuan Khairat kematian tanpa mengira kedudukan parti, kaum dan agama, walaupun pada ketika itu, dia masih didalam UMNO.
Dia juga memberitahu bahawa PAS mengamalkan tuntutan Islam sepenihnya pada setiap muzakarah atau mesyuarat yang dilaksanakan, berlaianan dengan UMNO, apabila mesyuarat ahli dewan yang dijalankan menyimpang pada agenda sebenar. Diantaranya, mesyuarat akan lebih santai dan lebih kepada perkara hiburan seperti silat dan sebagainya.
Harun Samah yang juga merupakan datuk tiri kepada Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Pasir Mas, Rozi Muhammad ketika ditemui memberitahu, setelah melihat beberapa peringkat kejayaan yang dibawa oleh PAS membuatkan datuknya berubah hati dan memilih PAS untuk bersama- sama memperjuangkan Islam.
“Datuk adalah salah seorang yang sangat berpengaruh dan sangat komited dalam setiap pergerakan UMNO, Namun secara tidak langsung dia melihat apa yang tidak kena dalam penyelarasan yang dibuat oleh parti UMNO.
“Saya sangat bersyukur apabila dalam jangkamasa panjang, akhirnya datuk saya ubah haluan menuju kebenaran. Ini adalah kerana apabila beliau sendiri melihat dari sudut pemerintahan UMNO golongan mereka tidak terbela. Ini membuatkan beliau secara semulajadi untuk bersama- sama berjuang dalam parti ini”.
Sehubungan itu, Rozi turut memberitahu bahawa dewan pemuda kawasan juga akan memastikan penyusunan program yang bersesuaian untuk kemasukan golongan muda yang akan menerajui perjuangan PAS pada masa akan datang.
Salah seorang daripadanya, Abdul Moin Jusoh, yang mewakili Setiausaha Jawatankuasa Ketua Kampung (JKK) Ketua UMNO cawangan Tempoyak memberitahu mereka bersedia dan akan memperjuangkan PAS sekaligus melahirkan perjuangan Islam yang selama ini diterapkan oleh parti itu.
“Saya sudah lama berminat dan ingin menjadi ahli PAS. Namun, disebabkan saya adalah salah seorang kakitangan kerajaan, saya sentiasa dipantau oleh wakil- wakil UMNO, sehinggakan saya cuba menyembunyikan identiti setiap kali mengikuti ceramah PAS untuk membuat perbandingan diantara parti PAS dan UMNO”.
Menurutnya lagi, dia amat berbesar hati apabila hajatnya untuk menyertai PAS dapat direalisasikan walaupun penamatan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam kerajaan berakhir sekitar akhir tahun ini. Hal ini kerana dia tidak sanggup lagi melayani karenah birokrasi parti UMNO.
No comments:
Post a Comment