Seminar Imam Malaysia yang dianjurkan di Taman Rehlah adalah julung kali anjuran Persatuan Pegawai dan Kakitangan Masjid Kelantan yang memberikan penekanan bagi memperkasakan lagi peranan imam bagi menobatkan ajaran, nilai dan perundangan Islam negara.
Seramai 1,000 imam telah berjaya menamatkan pengkursusan mereka dengan baik. Mereka juga akan mula berperanan di masjid dengan melatari sistem pemerintahan Islam selaras dengan kewajipan imam yang sangat besar.
Menurut Yang Dipertua Persatuan Pegawai dan Kakitangan Masjid, Kamarulzaman Mohamad berkata, kursus tersebut akan mendekatkan imam dengan masyarakat sekaligus menyemarakkan semangat perjuangan Islam didalam sanubari masyarakat bagi membentuk persekitaran yang baik sekaligus membantu imam memperjuangkan kesepakatan bagi membendung permasalahan.
“Ia bertepatan dengan peranan imam yang semakin mencabar, sekaligus memberikan mereka kesediaan dalam menangani masalah serta cabaran globalisasi.
“Dengan penyatuan imam- imam ini dapat membantu mewujudkan kumpulan ummah yang mempunyai pemikiran hebat berlandaskan Islam serta memelihara hak dan kehormatan Islam bagi menangkis dakwaan yang tidak berkaitan mengenai Islam sekaligus dapat membentuk perpaduan masyarakat umumnya ”.
Kurang dari sepuluh orang panel telah menjayakan Seminar Imam se- Malaysia ini turut memberikan tajuk perbahasan yang sempurna harus di aplikasi oleh imam- imam ini apabila bertugas di masjid sesuai dengan era globalisasi.
Salah seorang panel Prof. Madya Dr. Ali Mohamad dari Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya menegaskan bahawa, imam perlu cuba menghuraikan kebijaksanaan dalam menangani dakwah pada masa yang sama mendepani gerakan Islam serta politik bagi memperkemaskan usaha- usaha dan dakwah Islamiyah pada masa kini.
“Dakwah adalah adalah seruan kepada Islam iaitu berusaha untuk menegakkan Islam dengan memperjuangkan yang ma’ruf dan membasmi kemungkaran. Rentetan dari itu pengertian dakwah adalah menghendaki manusia supaya mengakui kedaulatan, kekuasaan serta hak- hak Allah dalam penggarisan dasar pedoman kehidupan bagi manusia”.
No comments:
Post a Comment