Suasana Di Perkarangan Taman Perbandaran Tengku Anis mendapat sambutan meriah apabila sambutan tersebut dihadiri beberapa orang tokoh VVIP yang diketuai oleh Menteri Besar Kelantan Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat yang pernah bersekolah dan turut menghadiri program anjuran Persatuan Alumni Maahad Muhammadi (AMAL) yang dinamakan Program ‘Sirih Pulang Ke Gagang’.
Menurut Pengarah Program ‘Sirih Pulang Ke Gagang’ Mohd Amiruddin Mohd Nawi, Program seumpama ini adalah julung kalinya menghimpunkan kesemua barisan Alumni Maahad MUhammadi Negeri Kelantan yang melibatkan Maahad MUhammadi Lelaki, Maahad Muhammadi Perempuan ini adalah bertemakan Menjulang Budi Menabur Bakti.
Program yang mengumpulkan kembali Alumni Maahad Muhammadi kesemua peringkat bersama tenaga pengajar Maahad Muhammadi adalah mensasarkan hubungan tautan disamping merapatkan kembali ukhwah sesama ahli AMAL di segenap negeri, serta mengeratkan lagi hubungan antara ahli AMAL dan pihak sekolah, warga pelajar di ketiga- tiga buah sekolah.
Program ini juga akan mengumpulkan maklumat ahli AMAL bagi yang sudah berkeluarga serta memberi peluang kepada generasi muda berkenal- kenalan diantara satu sama lain.
Sementara itu, program itu turut memberikan penghargaan kepada pelajar- pelajar Maahad yang mendapat kejayaan cemerlang didalam peperiksaan SPM, STAM dan STPM 2006 oleh Menteri Besar Kelantan.
No comments:
Post a Comment