Tuesday, March 22, 2011

Mensyukuri Nikmat Sihat..

Benarlah bait perkataan yang tertera di dada kitab kesemua motivator bahawa kesihatan adalah tunjang utama setiap manusia.

Malah kekayaan juga terletak ditempat kedua bagi manusia mencipta ruang kehidupan mereka. Aku diantara yang mengakui tentang itu. Pelbagai kejadian yang mendugaku tentang tentang erti kesihatan yang sebenar. Tanpa kesihatan yang baik,aku juga tidak mampu menikmati rencah kehidupan yang maha kuasa aturkan. Masa menjadi terlalu panjang apabila merasai erti kesakitan. Sebulan lebih ku pernah rasai dan sehari dua juga penderitaan kesakitan yang penuh dengan keperitan. Ketika itulah baru kita ingin untuk merapati tuhan. Mengapakah manusia begitu alpa akan nikmat kesihatan yang diberikan? tidakkah manusia sedar dan tahu akan nikmatnya diri yang alfiat? kupersoal ini terutama buat diriku..tidakkah masa sihat itu kita jagai dan mensyukurinya? Berbuat sesuatu yang benar pada jalanNya? Aku mungkin dari kalangan seorang dari Islam yang selalu alpa dengan nikmat kesihatan yang tuhan berikan. Maka, sebagai seorang Islam sejati haruslah mensyukuri nikmat itu yang tertera didada kitab agung karangan maha Esa...teruskan menyedari dan mensyukuri nikmat itu..tentulah tuk tenang didunia.. kerana padaNya pastikan kita berhadap.

'Ya Allah suburilah kami dengan diri yang sedar pada nikmat nikmat kesihatan yang telah kau beri...untuk tenang berhadapan pelbagai cabaran menjadi hambamu yang terbaik. Amin'.

No comments: