Saturday, April 9, 2011

Allah di sampingmu

Apabilaku terserempak dengan seseorang yang mengalami kecederaan parut kemalangan, aku dapat merasai kesakitan yang dialami. Dirinya kelihatan tidak yakin untuk berhadapan dengan semua manusia..jangan begitu, simpan malumu..buangkan ketakutan dan perasaan rendah diri itu..Aku memahami perasaan kamu. Insyaallah kita semua kan kan tetap berdoa untuk kepada mereka. Sabarlah pada cubaan ini. sedikit masa sahaja. Allah akan mengangkat darjatmu.

Parut yang mengena keseluruhan anggota badan dan wajahnya membuatkan aku simpati dan amat bersyukur bahawa mereka ini masih diberi peluang oleh Allah s.w.t untuk menunaikan ibadah khusus yang diwajibkan sebelum menutup mata.

Begitu juga dengan kita, walaupun fizikal kita masih berupa elok, bersyukurlah, kerana bukan semua manusia ditakdirkan memperolehi hidup sebegitu sempurna. Oleh itu, bangun wahai umat Islam, bersyukurlah atas apa yang Allah kurniakan pada kamu.

Ingin kunyatakan disini bahawa, kepada sesiapa yang masih punya nyawa, hargailah...tidak kira kamu berupa elok atau tidak, Allah telah memberi peluang pada kamu agar dapat menyempurnakan ibadah kepadaNya. kepada yang mengalami kesan parut kemalangan, jangan bersedih, Allah disebalikmu...Allah melihatmu kemana arah tujuan, tindakan dan pemikiranmu...adakah punya bakti padaNya adakah memujanya?? sedikit kecacatan bukanlah ukuran untuk kita menjadi murung. Bahkan segalanya telah diaturkan tuhan. Allah maha mengetahui.

Fahamilah bahawa kita ciptaanNya...diri ini kepunyaanNya, jantung ini berdenyut untuk memuja dan bertasbih padanya. Lidah ini untuk berkata- kata perkara yang indah, memuja dan berselawat padanya. Hati ini suci untuk tulus mencintaiNya, kaki ini berjalan untuk ke tanah sucinya, ke rumahnya, berdiri solat menemuinya 5 waktu dan sepertiga malam, dan bekerja pada perkara yang halal...tangan, mata, telinga dan segala pancaindera yang ada adalah buatanNya yang paling baik.

Mengertilah, bahawa kita ini bukan di jadikan saja2, tetapi untuk beribadah padaNya...membuktikan bahawa Dialah pencipta yang perlu disembah, diutama dan dipuja.

Oleh itu...sujudlah sehingga kepada sujud terakhir fisabilillah, agar dapat membuka pintu syurga firdausNya.

No comments: