Wednesday, April 27, 2011

Twist Terapi

Pabila berjuta fikiran dari kita merunsing meminta untuk ditenangkan, mulalah terapi keindahan alam semulajadi menjadi pilihan utama melepaskan tekanan. Tempat peranginan, perkelahan serta aktiviti bersukan sudah mampu tuk menenangkan tekanan sebilangan dari kita. Namun, cliche seperti itu boleh di'twist'kan dengan memusatkan pemikiran kepada naluri sebenar manusia yang bertindak mengakui tuhan itu ada. Dan ia bukanlah sebagai aktiviti wajib yang hanya terbatas dengan meletakkan kening bersujud di sejadah sahaja, namun mendapat ketenangan sebenar apabila melihat, merasa serta menikmati keindahan hasil senibina Islam yang terpapar dibata merah yang dipelas terukir nama Allah juga kekasihnya, Muhammad bergandingan bersama kalimah agung yang sering kita ucapkan. Ia diluahkan dengan cara penghasilan yang sangat halus dan yang paling seni. Seni yang dipamer terlalu indah walaupun cukup simple. Namun ia punya nilai estetik yang tinggi serta maha teliti sehingga tingkat karya seni yang lain tergugat hasil cetusan pengkarya seni yang menyatukan dengan seni khat dan motif corak. Disini, teruslah terusik sehingga bergetar sebuah hati yang suci..yang sangat mencintai penciptanya. Dengan itu, sememangnya terbuktilah kesan sejarah yang ditinggalkan sehingga menusuk ke jiwa setiap dari kita yang telah mengunjungi rumah Allah yang agung ini,insyaallah. Dengan melawati, melihat senibina Islam terunggul dan bersaksi dengan jiwa yang tenang melangkah ke rumah ibadah umat Islam tuk meninjau tinggalan kesan itu juga, sedikit sebanyak dapat meluaskan pengertian dan ilmu kita tentang sejarah pengalaman kemanusiaan sehingga wujudnya keaslian tempat pengibadahan yang agung dan antara agama yang paling ramai penganutnya didunia. Hal ini dapat dirumus bahawa pengalaman kita ditempat pengibadahan itu lebih hebat daripada gambaran penulisan yang hanya melalui pena sejarawan didalam buku sejarah keagamaan.

Indahnya Tanah Haram(Medina)

Sujud kaum mukminin tentunya mengarah ke arah kiblat yg satu berpandukan kaabah.Antara masjid senibina Islam, tempat yang mampu memaut tenang bagi umat Islam tentulah paling utamanya Kaabah. Ya, terlalu hebat baitullah ini sehingga banyak jiwa yang kotor mampu dicuci seperti peluntur oleh air zam-zam yang diminum itu. sehingga pengibadahan dari hasil ketakjuban pada Allah pencipta alam terus menerus berlaku tanpa dipaksa. Dan keutamaan untuk beribadah yang paling hebat tentulah di rumah ibadah yang paling suci tentulah, masjid An Nabawi yang dibina atas dasar taqwa, di Kota Madinah. Rumah Allah yang paling dicintai Rasulullah s.a.w. ini, berasal dari kepunyaan dua beradik, Suhail dan sahl dibawah jagaan As'As bin Zararah Al Ansari. Dimana, tapak kawasan masjid Nabawi merupakan tempat pengeringan tamar. Maka disebabkan Madinah yang tanahnya sebagai pelindung dari racun dan sihir serta kaumya yang sangat baik hati, maka terbinalah masjid yang menjadi penenang jiwa yang sangat unggul bagi umat manusia yang beragama Islam apabila melewati masjid ini.
Apabila dilihat dari sudut pandang senibina disertai selingan sejarah dan kewajipan beriman kepada quran kareem, masjid berkubah hijau saujana mata memandang ini memuatkan rangkaian kata yang panjang untuk dirumuskan. Sebagaimana didalamnya terdapat makam Rasulullah s.a.w. yang diukir bertatahkan emas dan dilengkapi dengan keistimewaan raudhah yang mulia bermimbar diatas pintu dari pintu-pintu syurga yang sentiasa disebut melalui kitab sejarah Islam. Hai hati yang suci, pastinya terinjak dan sentiasa bergetar dengan zikir yang bersahut sahutan.
Disini senibina tiangnya yang cukup besar itu telah dilengkapkan pula dari sejarah peninggalan kesan solat Rasulullah s.a.w serta para pengikutnya.
Bermula dari tiang mimbaryang menjadi tiang tiang didalam syurga Allah s.w.t. Manakala, kedudukan Tiang wangi yang sempurna mengenangkan laku Rasulullah s.a.w yang menjadikan minyak wangi sapuannya melingkari tabir tiang apabila baginda bersolat dan bermunajat di tiang tersebut.
Terdapat juga beberapa tiang yang bersejarah termasuklah tiang taubat Abu Lubabah juga lebih kurang saiznya dengan tiang yang lain punya maksud dan pengertian yang tersendiri. Tiang ini dipanggil tiang taubat Abu Lubahah apabila menerima hukuman kerana mengkhianati Rasulullah s.a.w. kepada yahudi..dimana ia merupakan tiang kedua dari makam rasulullah s.a.w. Tiang katil pula, punya sebuah katil tempat beristirehat Rasulullah s.a.w. Dan pelbagai tiang punya sejarah di masjid kecintaan seluruh umat Islam dimuka bumi ini. Diantara kelebihan dan nilai sejarah tersendiri rumah ibadat yang terdapat berhampiran masjid An Nabawi juga adalah masjid Quba yang didalam isi huninya terdapat orang-orang yang ingin membersihkan diri, dimana Allah s.w.t menyukai orang yang membersihkan diri seperti yang disebutkan melalui surah At Taubah ayat 108. masjid yang dibina atas dasar taqwa ini juga membekalkan pahala yang menyamai umrah.

Yang keduanya, solat dimasjid al Fath(masjid tujuh) juga punya kelebihan kemustajaban doa apabila beribadah didalamnya.

3-Masjid Al Jum'ah(masjid al Wadi&masjid Atikah-Masjid yang dilakukan solat jumaat selepas baginda berhijrah dari Mekah.
4-Masjid Qiblatain-17 bulan baginda s.a.w bersolat berkiblatkan baitulmadis setelah turunnya wahyu, baginda berkiblatkan Baitullah di Mekah.
5-Masjid al Musolla (tempat khas hari raya dan solat Istisqa'-minta hujan)
6-Masjid as Syajarah(pokok) yang selalu menjadi tempat teduhan Rasulullah dalamperjalanan untuk tunai haji & umrah.
7-Masjid as Sajadah(masjid Abu Zar) yang dibina diatas tapak yang disujud pabila menerima wahyu dari jibril.
8-Masjid Al Ijabah sejarah doa baginda yang paling lama meminta 3 doa dan dua darinya supaya diselamatkan dari kemarau dan banjir besar, dikabulkan Allah s.w.t.
9-Masjid al Mustarah dimana baginda berehat dalam perjalanan ke perang Uhud.
10-Masjid al Fadhikh. Ayat tentang pengharaman arak diturunkan secara mutlak.

Lengkaplah kesemua masjid di tanah haram Madinah..dijaminkan tenang.

Selepas ini akan ada susulan rumusan terapi ketenangan mengenai masjid popular di Moscow yang sangat indah...tersergam megah dibumi Rusia (yang mengamalkan free sex radikal). Namun tidakkan ugahnya keimanan, ia pasti kan tiada tandingannya jika mengamati dan aplikasikan ayat dari surah al anfal lantas keyakinan terus terbina ketika melewati perkarangan masjid di kota moscow yang sangat indah hasil senibina danfasadnya. Salah satu Masjidnya dibina atas hubungan diplomatik yang baik diantara negara itu dengan salah sebuah negara Islam.

No comments: