Sunday, August 7, 2011

Sempurnakan tanggungjawab keluarga dalam mencari redha Allah

Berapa ramai dari kita yang sentiasa tenang apabila berada didapur,mencuba pelbagai menu sajian buat keluarga tersayang? Perasaan 'passion' itu pastikan hadir dengan sendiri apabila kita punya dapur moden dari jenis kayu, keluli tahan karat, punya kaunter top solid surface yang menimbulkan pelbagai rona yang mampu membangkitkan semangat dalam penyediaan makanan dan minuman. Tetapi sumber psikologi memperakui bahawa 'mood' masakan bergantung kepada si pemasak samada dia dalam keadaan ok atau ko.haha..
Teori ini juga aku ambil dari sensored film 'like water for cocholate' yang di adaptasi dari sebuah novel karya novelis german, kalau tidak silap. Filem ni mengisahkan seorang perempuan miskin yang sangat pandai memasak. Malah, lelaki yang baru ditemuinya juga selain berkenan kepadanya sangat menyuka masakannya. Namun menu masakan dan rasa makanan bergantung kepada emosi si pemasak.Samada ketika penuh kasih sayang, marah,sedih, gembira dan merindu. Ketika itulah orang yang merasa masakan berubah mengikutperasaan yang sama dengan si pemasak. Huhh..sebut tentang makanan dibulan puasa ini tentulah kita juga memilih untuk memasak dirumah dari membeli dibazaar Ramadhan. Namun,tidak pula bagi sesetengah dari kita yang kesuntukan masa,bekerja dari jam 8.30 pagi sehingga jam 5.30 petang. Dikala petang pula, terperangkap dalam kesesakan lalu lintas, yang membuatkan mereka membeli sahaja juadah berbuka puasa (aku juga begitu) atau yang masih tidak berkeluarga berbuka puasa direstoran adalah alternatif pilihan yang paling berbaloi. Berapa ramai diantara kita yang memilih untuk berbuka di masjid seterusnya tunai maghrib dan isya' sekaligus menyudahkan solat sunat terawih? Wah, alangkah bahagia dan beruntunglah mereka yang berjaya memasuki kelompok itu. Dan aku rasa, akulah orang paling rugi, sebab tidak sempat menunaikan sunat terawih dimasjid. ('...sesungguhnya manusia sentiasa berada didalam kerugian..') Entahlah, apabila kerja makan gaji dan berniaga sekaligus menuntut, diri dengan sendirinya mengikut arus itu. Stamina yang kurang mula membuatkan ramai kalangan wanita yang bekerja sambil berniaga yang menyara keluarga tidak dapat menyempurnakan amalan sunat mereka dengan pahala yang berlipat ganda. Mereka ini adalah antara manusia yang rugi. Namun, kita mampu mengubahnya jikalau mahu. Insyaallah, mesti ada kekuatan mental dan fizikal yang lebih sedikit.
Nampaknya, hari minggu sebegini kita berpeluang menunaikan segala tanggungjawab pada keluarga (memasak dengan hebat layak chef) dan terutamanya tentulah tanggungjawab total pada pencipta Allah s.w.t.(membaca al quran dan dzikir serta melakukan sebanyaknya solat sunat (hajat dsb). Maka hari hari yang dilalui akan menemui 'hallawatul iman' tambahan lagi di bulan Ramadhan yang punya banyak kelebihannya ini. Insya Allah. Sama- samalah kita merebutnya sebelum menutup mata.

No comments: