Sunday, August 12, 2012

Carilah kebahagiaan diri tanpa dipaksa



Rasa dihati itu bukan satu perkara yang dibuat-buat, dicuba, hendak mencuba atau dipaksa cuba. Ia adalah ketetapan dari mula kita terdetik merasa bahagia dengan sendiri tanpa paksaan dan serba salah.

Seolah kita mendapat sesuatu yang dihajat-hajatkan...sesuatu yang dingini atau menginginkan sesuatu yang kita suka sejak sekian lama. Sekali gus menjadikan diri dengan sendirinya berusaha mencuba untuk tidak kehilangan, menjaga dan menyayangi perkara yang dingini itu sepenuh hati.

Ia adalah sebuah naluri yang diciptakan secara semulajadi dengan sendirinya. Sepertimana kita melakukan perkara yang boleh memberikan kebahagiaan pada diri sendiri.

Ibaratnya, kita mengadakan satu masa memberus belakang badan ahli keluarga kita di tempat sauna...mengira berapa lama tahan selaman dalam jakuzi..bekerjasama memasak bersama-sama makanan dalam kuantiti yang banyak...berlari ke gerai makanan dan menikmatinya dengan mengira jumlah stik yong tau fu yang kita makan secara bandingan...berlumba basikal di tepi laut...kesemuanya naluri tidak dibuat-buat. Ia berlaku dengan sendirinya...

Maka, lakukanlah apa yang kamu mahu, kamu suka dan perkara yang tidak suka jangan dipaksa umpama kamu menghayunkan kerambit mengena hati sendiri tanpa sedar ia terluka dan apa yang paling menyedihkan telah tersakiti diri sendiri disebabkan ingin memaksa melihat kegembiraan orang lain.

Kita layak gembira...carilah keredhaanNya pohon padaNya kita akan sentiasa bahagia. InsyaAllah...janji Allah itu benar apabila kita yakin dengan sebenar-benarnya.

1 comment:

arjunasetia said...

Assalamualaikum, dikesempatan ini saya ingin mengucapkan "Selamat Menyambut Aidilfitri", semoga anda dan keluarga sentiasa berada dalam perlindungan, rahmat dan barakah dari Allah SWT. Maaf zahir dan batin. :)