Thursday, August 6, 2009

Ta'al An-Nas...!!!

Nauzubillah..kita masih melihat di zaman teknologi bukan masih ada namun makin ramai kalangan masyarakat manusia yang masih lagi menggunakan jin- jin saka yang diwarisi melibatkan keturunan- keturunan mereka. Kini timbul spesis manusia yang tahu mereka mempunyai saka dan menggunakan pertolongan jin saka yang dimilikinya.

Ringkasnya ‘saka’ boleh didefinisikan sebagai jin atau jin-jin yang ada dalam diri seorang manusia berpindah kepada seorang manusia lain sama ada secara disedari atau tidak.

Sebenarnya, apa saja jin/ jin-jin yang diwarisi adalah saka tidak kira jin keturunan, segala hantu-hantu seperti hantu raya, jin silat, jin tariqat, jin perubatan/ perbomohan, jin nenek moyang dan sebagainya.

Namun bagi masyarakat Melayu, ‘saka’ lebih difahami sebagai jin/ nenek moyang yang turun daripada orang tua (datuk, nenek, bapa, bapa saudara dll) kepada orang yang lebih muda yang ada pertalian darah dengannya (seperti anak, cucu, anak saudara dsb).

Dan lebih khusus lagi ia disebut ‘saka’ apabila jin itu mengganggu anak cucu kerana ada perkara-perkara tertentu yang sepatutnya berlaku tetapi tidak berlaku. Jika tiada kekecohan, maka masyarakat Melayu jarang menyebutnya sebagai saka.

Jin-jin silat/ seni beladiri dan perubatan tradisional tidak disebut saka oleh kebanyakan masy. Melayu Jin-jin yang soleh dan jin Islam juga biasanya tidak disebut saka.

Tetapi, jangan dilupa, dengan tidak menyangka jin- jin tersebut adalah saka itulah yang menyebabkan ramai masyarakat hari ini meminta pertolongan melalui perubatan dan pembomohan sedangkan ia adalah salah satu dari pertolongan yang mewakili jin iaitu 'saka' yang dikira sebagai perantaraan kepada satu individu dengan individu yang lain untuk tujuan menjatuhkan, menyakitkan mengikut kehendak individu yang irihati/busuk hati.

Jesteru itu, kepada masyarakat hari ini marilah meluangkan masa mencari jalan menghapuskan musuh Islam ini yang kian ramai mengintai peluang mencari mangsa untuk dilapah melalui kegiatan dan pertolongan syaitan dan jin yang sentiasa membolos di sekitar hati yang hitam.

No comments: