Wednesday, April 13, 2011

TAKDIR JODOH

Apabila persoalan 'bilakah mahu berkahwin serta lelaki berbangsa apa dan bagaimana pilihanmu?' itu terpacul dari mulut telanjang si bijaksana atau tokoh ternama, sebenarnya membuatkan aku agak terkejut namunku tahan perasaan itu jauh di satu sudut yang paling dalam.

Apabila berurusan dengan mereka aku lemas dengan pertanyaan itu. dan aku tidak menjangkakan persoalan seperti itu akan keluar. kerna aku bukan membincang atau menyentuh hal peribadi melainkan hanya kerja semata. memang aku tidak berfikir, benar. lebih- lebih lagi semenjak menjejakkan kaki ruang asing aku tidak bisa berfikir tentang jodoh. Malah, penghijrahan ini menuntut bagiku mengutamakan tentang pekerjaan.

Pada masa ini, kerana penjadualan kerja terlalu ketat, yang banyak dan sentiasa ingin mempercepatkan urusan penyelesaian kerja satu persatu membuatkan aku terlupa. Namun, aku masih berharap...tetaplah jodohku dan kembarku bersama dengan orang yang kami suka dan dia mengenali kami secara mendalam.maka aku tidak perlu mengambil serius pertanyaan mereka.

Aku boleh katakan seraya bergurau kepada mereka untuk menutup ketelanjangan itu dengan jawapansekiranya jodohku dan kembarku diaturkan tuhan bersama orang India, Arab, Indonesia, Rusia, Turki, atau kamu yang bijak, setia dan menjaga kehormatan diri, kenapa tidak?

Dengan jawapan yang sebegitu mungkin mereka gugupdan sesekali tidak membuka ruang pertanyaan seperti itu lagi. Keranan dengan cara ini mereka dapat peringatan. Maklum saja kesemua dari mereka kebanyakannya takut bini, jadi jawapan seperti itu pasti akan menikus dan sekaligus menakut serta menutup mulut mereka.
Sebenarnya aku juga tidak pasti apakah golongan seperti mereka ini menjaga konsep Islam itu. Mungkin mulut jahatku akan sengaja memerli seraya memulangkan paku buah keras itu bagi menyedarkan mereka.

Aku patut memberitahu sesiapa saja yang menanyakan hal yang sama ini padaku bahawa siapapun dia yang menjadi suamiku, aku sedia mencintainya, siapapun dia.. aku dan kembarku akan cuba mencurahkan segenap kasih saying ikhlas secara total yang terlahir dari hati ini lillahita’ala dan semoga nanti aku juga kembarkudapat membahagiakannya melangkah seiringan dengannya ke syurga Firdaus tempat indah untuk memadu kasih dalam mencari keredhaan sebenar kepada Tuhan agung yang Esa.

Ya benar, apa yang digambarkan terlalu sempurna untuk dijelaskan, terlalu mendalam dan ia bukanlah satu omongan kosong yang hanya mengikut perasaan bodoh dan keangkuhan semata.

Ini kerana pemilihan itu kusandarkan kepada konsep Islam yang penuh dengan aturannya dari Tuhanku. Ia terarah pada penilaian lelaki pilihanyang dapat dilihat pada asasnya dari segi kebijaksanaan. Kerana pada asasnya Allah telah memberikannya akal supaya diguna sehingga ia menjadi bijaksana. Keduanya, pada kesetiaannya, kerana nurani manusia adalah pokok utama watak seseorang yang menjurus kepada kesetiaan. Ia terlahir dari nilai kasih saying yang cukup tinggi kepada pasangan mereka. Akhir sekali adalah yang menjaga kehormatannya agar tidak bergilir menukar pasangan, melakukan zina dengan perempuan yang tidak halal baginya. Kerana sudah tentulah ia menuntut kepada kesucian dirinya supaya dapat melahir zuriat yang kekal dengan keturunan baik terhindar dari tujuh keturunan yang dapat mewalikan anak sendiri…sesuatu yang pada dasarnya, Allah jadikan manusia itu suci sekiranya tidak melanggar hokum aturannya.

Malah setakat hari ini, aku boleh memberi jawapan itu kepada lelaki pilihanku bahawa aku juga seperti itu…diriku hidup dari dulu hingga ke saat ini sentiasa berusaha menjaga segala yang terarah kepada konsep Islam yang kuajukan itu.

No comments: