Saturday, May 14, 2011

GALI ILMU QURAN KAREEM

Sehari hari tidak banyak hal atau kejadian yang berlaku untuk diingati dan perlu diingati...ini kerana kehidupan seharian ini berlaku tanpa disedari dan terus berlalu seperti biasa.

Disebabkan itu, dalam 365 hari tidak banyak hari yang istimewa kecuali hari yang dikelaskan khas dalam setahun. Bahkan dalam setiap hari bagi individu itu juga begitu. Ada hari yang tidak kita sedari untuk terjadi sesuatu hal yang istimewa, sehinggalah ia benar terjadi. Namun ia bergantung pada keadaan adakah sepanjang hari yang istimewa itu benar- benar istimewa atau tidak? jawapannya ada pada kita. Maka walau hari - hari yang dilalui tiada apa- apa yang istimewa, namun penuhilah dengan aktiviti yang menjurus kepada kematangan fikiran. Galilah ilmu sebanyak yang mungkin penuhi dengan senyuman, walau pahit yang menimpa kalian, nescaya Allah s.w.t akan menolong menceriakan kalian, Insyaalah.

Carilah ilmu sebanyak yang mungkin lebih- lebih lagi jikalau ilmu itu kamu perolehi dari dalam kitab suci agung Allah Azzawajalla..Kitab yang menyimpan berjuta rahsia, yang menyimpan segala ilmu pengetahuan tentang rahsia alam semesta. Segala rahsia duniawi dan ukhrawi dari yang zahir dan batil. Cukup penuh dengan kandungan pelbagai hukum hakam, pelbagai kisah yang perlu diteladani, juga termasuk ilmu sains yang hanya berkembang maju didunia (dipertengahan abad ketujuh belas), namun kebenarannya diperoleh melalui Al Quran yang diturunkan Allah s.w.t lebih 1400 tahun yang lalu. Dimana sehingga hari ini para ilmuan sains barat mengambil manfaat daripada ilmuan Islam yang terdahulu (mempelopori bidang sains berdasarkan kajian mereka terhadap Al Quran).

Pada hari ini manfaat diperoleh kepada orang barat kerana usaha ilmuan Islam sudah terbantut dan tidak dapat diteruskan kerana sudah tiada kajian yang bersungguh- sungguh daripada ilmuan Islam kini terhadap Al Quran. Namun, ilmuan sains barat yang lebih maju pada hari ini adalah kerana mereka sentiasa peka terhadap Al quran sehingga memperoleh manfaat kepentingan daripada kajian mereka melalui pelbagai ilmu di dalam Al Quran.

Alangkah ruginya umat Islam, owh...tuhanku Malikul Mulk..kau tunjukkan jalanmu buat hati lapang ilmuan Islam, untuk terus membongkar rahsia agung Al quran dan bukan sahaja bagi ilmu sains tetapi keseluruhan yang ilmu yang terkandung di dalam Al quran seiring dengan zaman ini. Maka kelebihan ilmu diperolehi itu telah dipecahkan melalui kitab yang menjadi kebanggan ahli sirah, feqah, hadith, tauhid, tasauf dan usuluddin.

Semoga kita dapat mengisi masa untuk beriman, beramal soleh dan memahami Quran Kareem dengan sedalamnya, Insyaallah.

No comments: