Monday, June 6, 2011

Sedarilah wahai muslim, dengan ilmu yang sedikit

Banyak bahan bacaan dan buku-buku yang baik diruangan ini. Namun hampir kesemuanya boleh didapati di internet. Cuma beberapa kitab yang tidak dapat dikesan atau sudah hilang di telan zaman sahaja tidak kelihatan sekalipun dilayari melalui jaringan tanpa sempadan. Inilah penyebab para ilmuan kini terkilan kerana gagal memperoleh intipati hebat kandungan dalaman manuskrip lama itu. Malah dengan ilmu yang telah kurang ini juga manusia masih alpa dan tidak mempedulikan untuk pertambahan ilmu dalam dada.

Kepentingan ilmu ini hanya disedari oleh manusia yang punya sifat ingin tahu sahaja. Demikian itu, amatlah sedikit kalangan penuntut ilmu yang cintakan ensiklopedia ilmu yang sememangnya telah diwajibkan terutama buat seluruh muslim amnya.

Apa yang lebih menghayat hati bukanlah buku atau manuskrip lama dari ilmuan barat sahaja yang kita terkeliru kesan kehilangannya bahkan kitab-kitab dari ilmuan Islam yang sangat penting untuk diteroka dan diaplikasikan oleh umat Islam ini yang paling banyak kesan kehilangan dan kemusnahannya. Dimana, apabila dibuat anggaran rawaknya, manuskrip bersejarah ini lupus melalui perang, bencana alam serta rancangan jahat yang diaturkan oleh sebilangan pihak yang tidak bertanggungjawab. Ya, punya propaganda dan agenda tidak bermoral tuk menakluki keseluruhan ilmu. Merekalah penyebab kemusnahan kitab yang dikeluarkan dari ilmuan Islam agung hilang ditelan zaman dengan sekelip mata.

Imam Abu Daud adalah salah seorang tokoh yang paling banyak meriwayatkan hadis yang berkaitan dengan hukum hakam. Beliau juga merupakan salah seorang ilmuan hadith yang kehilangan dan tidak dapat dikesan kitab-kitabnya dewasa ini. Dan inilah kenyataan betapa kita didalam kerugian. Ia sememangnya paling penting untuk kita dalami sebagai seorang Islam, memperoleh ilmu yang berkaitan dengan bekalan kehidupan kita yang terarah kelaluan sana.

Dengan ilmu yang sedikit ini jugalah kita sebagai muslim dapat melihat betapa tingginya penghargaan Allah Azzawajalla berikan ini sehingga hati kita bertindak dan diselubungi rasa penghormatan dan kebesaran kepada Allah kerana memberikan kita peluang mengenal dan mendalami ilmu pengetahuan. "....Tidak luput dan pengetahuan Tuhanmu biarpun sebesar zarah"(surah yunus: 61). Didalam surah ini tentulah Allah s.w.t membiaskan ilmu pengetahuan yang ada padaNya amatlah luas dan salah satu yang diberikan panduan ilmunya adalah melalui al Quran.

Memetik hadith riwayat Imam Abu Daud, melalui Sunnan Abu Daud yang menyentuh permasalahan feqahnya yang masih menjadi rujukan sarjana Islam dalam tuntutan ilmu pengetahuan ada menyebutkan bahawa "Ulama itu pewaris para nabi. Para nabi tidak meninggalkan wang dinar atau dirham, tetapi mereka meninggalkan ilmu. Sesiapa yang mendapatkannya nescaya dia memperoleh bahagian yang paling banyak".

Lihatlah..dengan satu hadith ini sahaja punya banyak maksud dan mujurlah masih tersisa buku unggul tinggalan tokoh hadith Imam Abu Daud ini. Antara kitabnya yang masih kekal berbekal adalah (Sunan Abu Daud, al Marasil, al Masa'il dan Ijabatuhu'an Su'alat Abi Ubaid al Ajuri, Risalah ila Ahli Makkah,Tasmiyah al Ikhwan, Kitab al Zuhd). Dimana kitab kitab ini yang masih bernilai dan diwarisi turun temurun lewat hari ini. Kelebihan kepada para sarjana dan ilmuan hadith adalah sudah memadai untuk salah seorang dari mujtahid mengeluarkan sesuatu hukum dalam permasalahan feqah. Kitab hadis yang sangat penting ini terdapat hadith Sahih, Hasan dan Da'if.

Moralnya, ambillah peluang untuk mendalami apa jua ilmu yang dapat menanggung kita menuju ke alam yang kekal.

No comments: