Tuesday, December 13, 2011

Wanita perlu berusaha menjadi Isteri idaman

Rasulullah s.a.w. pernah berkahwin dengan 13 orang wanita. Sebelas daripadanya pernah bersama dengan Baginda sebagai suami isteri, manakala dua daripadanya diceraikan sebelum mereka bersama. Antara isterinya adalah:

1. Khadijah binti Khuwailid al-Asadiyah r.a.
2. Saudah bt. Zam'ah al-Amiriyah al Quraisiyah r.a.
3. Aisyah bt. Abi Bakr r.a.
4. Hafsah bt. Umar bin al-Khattab r.a.
5. Ummu Salamah Hindun bt. Abi Umaiyah r.a.
6. Ummu Habibah Ramlah bt. Abi Sufian r.a.
7. Juwairiyah ( Barrah ) bt. Harith
8. Safiyah bt. Huyay
9. Zainab bt. Jansyin
10. Raihanah bt. Zaid bin Amrin
11. Maimunah bt. Al-Harith
12. Zainab bt. Khuzaimah
13. Maria al-Qibtiyyah (Maria si Qibti)

Isteri pertama Rasulullah adalah Khadijah dan wafatnya semasa beliau berusia 50 tahun. Beliau merupakan isteri yang tidak pernah dimadukan kerana kesemua isterinya yang dimadukan adalah berlaku selepas daripada wafatnya Khadijah. Kemudian,setelah wafatnya Khadijah 3 tahun Rasulullah berkahwin dengan Saudah.

Saudah adalah seorang janda tua yang kematian suami. Beliau dinikahi Rasulullah untuk perlindungan dan memberi penghormatan kepada bekas arwah suaminya. Beliau mempunyai sikap yang lucu sehingga baginda tersenyum dengan telatahnya.

Kemudiannya, Rasulullah bernikah dengan Aisyah r.a namun, tidak bersama dengannya sebagai suami isteri kerana Aisyah r.a masih terlalu kecil, sehinggalah baginda berhijrah ke Madinah.

Ketika itu, Aisyah berumur 9 tahun sementara Nabi Muhammad s.a.w. berumur 53 tahun. Namun, berdasarkan Ibn Katheer mengatakan didalam kitabnya : (Al-Bidayah wa'l-nihayah, Ibn Kathir, Vol 8, Pg 372,"Asma adalah kakak Aisyah r.a. Asma wafat dalam tahun 73 Hijrah dan umur beliau adalah 100 tahun. Asma` adalah 10 tahun lebih tua dari Aisyah r.a.

{73 Hijrah = 695 Masihi} 695 Masihi bersamaan 73 Hijrah umur Asma = 100 tahun maka 622 Masihi , 1 Hijrah umur Asma = 27 tahun (100 tahun - 73 tahun = 27 tahun ) sehingga umur Aisyah r.a - 17 tahun (10 tahun lebih muda dari kakaknya Asma) 623 Masihi bersamaan 2 Hijrah. Oleh yang demikian, Aisyah r.a berkahwin dengan Rasulullah saw pada umur 18 tahun.

Setelah Aisyah r.a, Rasulullah s.a.w menikahi Hafsah seorang janda yang kematian suami di medan perang. Apabila mendapat berita mengenainya, Rasulullah saw mengambilnya sebagai isterinya atas membalas jasa suaminya yang membantu baginda.

Salamah seorang janda tua mempunyai 4 anak dinikahi Rasulullah kerana suaminya terkorban dalam Perang Uhud dan saudara sepupunya turut terkorban dalam perang itu. Lalu Rasullulah s.a.w. melamarnya. Mulanya lamaran ditolak kerana menyedari usianya yang tua. Kemudian, lamaran kedua diterima dengan mas kahwin sebuah tilam, mangkuk dari sebuah pengisar tepung.

Manakala isteri keenam Rasulullah s.a.w adalah Ummu Habibah seorang janda Ubaidullah yang meninggal dunia ketika di rantau dan di Habsyah dia kehilangan tempat bergantung lalu baginda menikahinya. Melalui al Najashi, nabi Muhammad s.a.w. melamar Ummu Habibah dan upacara perkahwinan dilakukan oleh Khalid bin Said al-As dengan mas kahwin 400 dirham, dibayar oleh al Najashi bagi pihak nabi.

Isteri ketujuh adalah Jiwairiyah. Ayah Juwairiyah ialah ketua puak Bani al-Mustaliq yang memerangi nabi Muhammad s.a.w. dalam Perang al-Muraisi'. Bani al-Mustaliq telah tewas dan Barrah telah ditawan oleh Thabit bin Qais bin al-Syammas al-Ansariy. Thabit mahu dia dimukatabah dengan 9 tahil emas. Barrah mengadu kepada dan Baginda sedia membayar mukatabah tersebut dan seterusnya menikahi Juwairiyah.

Safiyah adalah anak kepada Huyay, ketua puak Bani Quraizah iaitu dari keturunan Nabi Harun a.s. Merupakan isteri kelapan Baginda. Dalam Perang Khaibar, suaminya seorang Yahudi telah ditawan dan Safiyah telah ditawan. Dalam satu rundingan setelah dibebaskan, Safiyah telah memilih untuk menjadi isteri Rasulullah s.a.w. Safiyyah telah meriwayatkan 10 hadis dan meninggal dunia dalam bulan Ramadhan tahun ke-50H (ada yang mengatakan 52H). Dia dikebumikan di perkuburan al Baqi’.

Baginda menikahi isterinya yang ke 9 iaitu Zainab binti Jansyin setelah diceraikan oleh Zaid ibn Harithah (yang pernah menjadi hamba dan kemudian menjadi anak angkat nabi Muhammad s.a.w. setelah dia dimerdekakan). Hubungan suami isteri antara Zainab dan Zaid tidak bahagia kerana Zainab dari keturunan mulia, tidak mudah patuh dan tidak setaraf dengan Zaid.

Isteri Baginda yang ke 12 adalah Zainab binti Khuzaimah meninggal dunia sewaktu nabi Rasulullah s.a.w. masih hidup.

Isterinya yang terakhir adalah Maria. Maria sangatlah cantik. Banyak sumber Muslim mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w kemudian memerdekakan dan menikahi Maria. (seorang hamba perempuan yang asalnya beragama Kristian Koptik yang dikirimkan sebagai hadiah dari Muqawqis, seorang pegawai Byzantine, kepada Rasulullah s.a.w. pada tahun 628).[1]. Perhatian Muhammad terhadap Maria diyakini menyebabkan kecemburuan diantara isteri-isteri lain. Hal itu tidak dapat teratasi hingga turunnya surah ke-66 dalam Al-Qur'an dengan subjek Maria. Berikut ini adalah bahagian surah tersebut:

Hai Nabi, mengapa kamu mengharamkan apa yang Allah menghalalkannya bagimu; kamu mencari kesenangan hati isteri-isterimu? Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Sesungguhnya Allah telah mewajibkan kepada kamu sekalian membebaskan diri dari sumpahmu; dan Allah adalah Pelindungmu dan Dia Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Dan ingatlah ketika Nabi membicarakan secara rahsia kepada salah seorang dari isteri-isterinya (Hafshah) suatu peristiwa. Maka tatkala (Hafshah) menceritakan peristiwa itu (kepada Aisyah) dan Allah memberitahukan hal itu (semua pembicaraan antara Hafshah dengan Aisyah) kepada Muhammad lalu Muhammad memberitahukan sebagian (yang diberitakan Allah kepadanya) dan menyembunyikan sebahagian yang lain (kepada Hafshah). Maka tatkala (Muhammad) memberitahukan pembicaraan (antara Hafshah dan Aisyah) lalu Hafshah bertanya, "Siapakah yang telah memberitahukan hal ini kepadamu?" Nabi menjawab, "Telah diberitahukan kepadaku oleh Allah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal". Jika kamu berdua bertobat kepada Allah, maka sesungguhnya hati kamu berdua telah condong (untuk menerima kebaikan); dan jika kamu berdua bantu-membantu menyusahkan Nabi, maka sesungguhnya Allah adalah Pelindungnya dan (begitu pula) Jibril dan orang-orang mukmin yang baik; dan selain dari itu malaikat-malaikat adalah penolongnya pula. Jika Nabi menceraikan kamu, boleh jadi Tuhannya akan memberi ganti kepadanya dengan isteri-isteri yang lebih baik daripada kamu, yang patuh, yang beriman, yang taat, yang bertobat, yang mengerjakan ibadah, yang berpuasa, yang janda dan yang perawan. Surah At-Tahrim [66]:1–5.

Begitulah suruhan Allah untuk Rasulullah mengadili isteri- isterinya yang dimadukan. Disebabkan Rasulullah seorang nabi maka perintah dari Allah s.w.t secara terus. Tetapi suami hari ini juga perlu ingat melalui ayat yang diturunkan oleh Allah s.w.t kepada kalian supaya berlaku adil kepada isteri kalian yang dimadukan. Kita mengambil contoh pernikahan Rasulullah supaya boleh dituruti untuk pernikahan yang bahagia. Walaupun Rasulullah mempunyai banyak isteri, namun baginda cuba berlaku adil kepada isterinya walaupun menimbulkan beberapa kecemburuan dihati isteri- isteri baginda. Jika si suami sudahpun berlaku adil, maka si isterinya pula perlu bermula untuk menjadi isteri solehan dan idaman pada suami mereka. Disini, penekanannya pula pada kaum wanita. Wahai kaum wanita...adakah anda sudah melakukannya? kepada yang belum menjadi isteri adakah anda sudah bersedia menjadi isteri idaman? walau kamu perlu bermadu atau tidak kamu perlu merealisasikannya..renungilah sifat isteri- isteri baginda..yang bergelaran "Ibu orang-orang Mu'min." daripada sifat mereka sebagai isteri idaman yang sentiasa menjaga aqidah islamiyahnya seperti sentiasa ceria, pemalu, sabar,tidak banyak bicara, lembut tutur katanya dan selalu jujur, tidak suka ghibah dan namimah serta sentiasa berusaha untuk menjaga hubungan baik dengan isteri suaminya yang lain (madunya). Dimana kesemua isteri Rasulullah itu merupakan seorang isteri yang aqidahnya benar, tercermin dari tingkah laku mereka. Bersiap sedia membantu Rasulullah dalam peperangan, menjaga makan, pakai dan melayan Baginda dengan baik. Seperti yang kita maklum, baginda seorang ma'sum. Namun Baginda tetap meminta pandangan dari isterinya Aisyah r.a dan melayannya dengan baik walau ketika masih kecil. Kita sebagai isteri Idaman kepada suami perlulah bersedia memberikan sokongan kepada suami, mendorong suami untuk berbuat baik, agar selalu ihsan dan berbakti kepada kedua orang tuanya, sebagaimana firman Allah Ta’ala:

“Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapanya, ibunya telah mengandungnya dengan susah payah dan melahirkannya dengan susah payah.” (Al Ahqaf 15).

Kita juga perlu membantu suami agar menjalin hubungan baik dengan saudara-saudaranya sekaligus dalam ketaatan terhadap Allah s.w.t. Perlu dedikasi (semangat hidup) yang tinggi, pandai mengatur rumah tangga serta pandai dalam mendidik anak. Kita sebagai seorang isteri juga tidak perlu menceritakan rahsia rumah tangga serta hubungan suami isteri kepada orang lain sekalipun kedua ibu bapa kita. Sebagaimana sabda Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa sallam:

“Sesungguhnya di antara orang yang terburuk kedudukan-nya disisi Allah pada hari kiamat yaitu laki-laki yang mencumbui isterinya dan isteri mencumbui suaminya kemudian ia sebar luaskan rahasianya.” (HR. Muslim 4/157)

Namun, sekiranya untuk mendapatkan bantuan rujukan yang terbaik dalam hubungan suami isteri dan meleraikan perbalahan kita dengan suami, mintalah daripada pihak keluarga yang arif tentang hal ini. Agar hubungan keharmonian rumah tangga bertaut kembali.

Contoh isteri idaman juga hanya bersahabat dengan muslimah yang baik dan bersungguh-sungguh beribadah kepada tuhan Rabbul alamin sehingga dapat menjadi contoh bagi muslimah lainnya. Isteri solehah sentiasa menuntut ilmu agama sehingga dapat mendalami ilmu-ilmu syar’i dalam bab aqidah, akhlak maupun dalam hal muamalah.

Kita juga harus menjaga penampilan dihadapan suami dengan berhias pada hal-hal yang mubah dan menyenangkan hati suami.Jika berada diluar rumah pula, harus minta izin suami, menutup aurat sehingga tidak menampakkan perhiasannya serta tidak perlu kepada berwangi-wangian sehingga menarik perhatian ramai terutamanya lelaki yang bukan muhrim. Kita sebagai isteri solehah juga tidak perlu keluar rumah kecuali untuk tujuan syar’i, seperti bekerja atau dalam urusan keperluan yang sangat membutuhkan untuk keluar rumah, misalnya anak sakit atau membeli barang keperluan yang sudah kehabisan.

Wallahua'lam.

2 comments:

Hassan said...

Salam Sejahtera ..
Blog yang menarik ~~~

Manisnya madu said...

اَلْحَمْدُلِلّهِ
Semoga Allah melimpahkan pahala pada semua blogger yang melawat..untuk sama kita memperbaiki kelemahan diri..sekurang- kurangnya kita saling memanfaati ilmu dan saling memperingati antara satu sama lain...pada bab yang haq dalam keadaan yang paling baik. آمِّينَ