Monday, July 23, 2007

IMBNET Jalinkan Kerjasama Peniaga Islam Menerusi Perdagangan Antarabangsa.


Penganjuran forum The International Muslim Business Network Forum 2007 kali kedua (IMBNET Forum) dapat mewujudkan jalinan rangkaian perniagaan dikalangan umat Islam dalam menaikkan tahap kerjasama ekonomi dan perniagaan menerusi perdagangan antarabangsa.

Sehubungan itu, kerajaan negeri Kelantan dengan kerjasama Pupuk Nilai Murni Berhad (PNMB) dan Asian Federation of Muslim Youth (AFMY) menganjurkan forum yang dirasmikan oleh Pengerusi Perdagangan Perindustrian dan Sumber Manusia Negeri Kelantan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk IMBNET Forum 2007 sekaligus memberi pendedahan dan peluang kerjasama perniagaan kepada peserta yang melibatkan diri melalui forum ini.

The International Muslim Business Network (IMBNET) workshop 2006 yang diadakan pada tahun lepas lebih memfokuskan kepentingan membina rangkaian perniagaan sesama umat Islam dan telah berjaya menarik penyertaan seramai 150 orang para peniaga dari 10 buah negara.

Kali ini, The International Muslim Business Network Forum 2007 (IMBNET Forum) yang merupakan satu landasan yang strategik dalam menemukan peniaga Islam dari seluruh dunia untuk meningkatkan jalinan kerjasama melalui bidang ekonomi dan perniagaan serta membuka peluang kepada mereka menembusi pasaran global demi menggalakkan kalangan masyarakat mengukuhkan hubungan perdagangan dan perniagaan sesama Islam dan bukan Islam diseluruh dunia.

Sebanyak lima kertas kerja telah dibentangkan dengan memfokuskan kepada topik pengukuhan rangkaian perniagaan muslim antarabangsa bersesuaian dengan tema IMBNET pada tahun ini iaitu Making Global Business- Enhancing Partnerships yang menyediakan satu platform fokus dengan berkesan.

Ketua Eksekutif Pupuk Nilai Murni Berhad, Nazri Deraman memberitahu bahawa, program yang dianjurkan oleh kerajaan negeri Kelantan bagi pembangunan sumber manusia itu dapat berjalan seiringan dengan kehendak dan objektif kerajaan negeri untuk mewujudkan rangkaian dan usahasama dari peniaga Islam di seluruh dunia, sekaligus menjemput usahawan Arab yang berjaya di China, iaitu Marwan Fattal Arab Asia Trade (AAT) untuk berkongsi ilmu perniagaan yang dimilikinya melalui perniagaan peringkat antarabangsa.

Menurut Dato’ Abu Bakar Chik merangkap Pengerusi Asian Federation of Muslim Youth (AFMY) pula memberitahu, dengan wujudnya rangkaian perniagaan ini di Kelantan, ia bakal mengembangkan lagi produk halal sekaligus meningkatkan teknologi dan inovasi dan kemahiran kita dengan lebih efisyen.

“Saya juga berasa bertuah kerana melalui IMBNET 2007 ini kita dapat mengadakan majlis menandatangani perjanjian Memorandum Of Understanding (MOU) diantara 10 syarikat, peniaga tempatan dan antarabangsa secara terus”.

No comments: