Thursday, August 2, 2007

Penggunaan Dinar- Dirham Maqasid Syariah & Realiti Masa kini


Salah satu himpunan kertas kerja seminar Emas Dinar pada September 2006, dari Dr Rosli Yaakop yang menjelaskan bahawa, Dinar Emas telah digunakan secara persendirian di lebih 22 buah negara, kini dikilang di empat buah negara. Disana juga telah wujud perniagaan jual beli dinar emas dan dirham melalui internet. Dengan hal yang demikian, pelancaran Dinar Emas Kelantan selaras dengan perkembangan tersebut.

Masih belum terdapat mana- mana negara Islam yang mengamalkan sistem matawang Dinar Emas Islam sebagai gantian wang kertas. Saranan Malaysia untuk menyelesaikan pembayaran perdagangan dua hala dan pelbagai hala dengan rakan kongsi perdagangannya dikalangan negara OIC belum sampai ke tahap mewujudkan Dinar Emas dan Dirham Perak Islam yang beredar dalam ekonomi sebagai alat perantaraan pertukaran yang dilarang oleh IMF.

Dalam Daulah Islamiah dinar emas adalah alat perantaraan pertukaran. Ia adalah wang dan merupakan matawang. Wang yang digunakan untuk membuat bayaran bagi barangan dan perkhidmatan yang dibeli. Wang yang diterima sebagai bayaran bagi barangan dan perkhidmatan yang dijual. Wang yang digunakan untuk jual beli.

Dinar emas juga sebagai alat pembayaran zakat, mahar perkahwinan dan alat pembayaran denda berkaitan kesalahan jenayah dibawah hokum- hokum Islam seperti hudud dan lain- lain.

Bagi menentukan semua penyelesaian ini memenuhi ciri- ciri dan tuntutan hukum syariat Islam, maka penggunaan matawang Dinar Emas Islam adalah satu gerakan yang perlu dilaksanakan oleh umat Islam.

Gerakan kembali kepada Dinar Emas adalah memilih untuk kembali mengguna dan mengekalkan piawaian yang ditetapkan 1400 tahun lalu oleh Omar Al Khattab, khalifah Islam kedua (632 masihi).

Dinar Emas Islam mempunyai berat khusus, iaitu 4.25 gram emas 22 karat (917) bagi satu dinar. Manakala Dirham Islam mempunyai khusus, iaitu 3.0 gram perak tulen bagi satu dirham.

Sayidina Omar Al Khattab juga menetapkan bahawa berat 7 dinar bersamaan 10 dirham. Disebut juga berat 10 dirham bersamaan berat 7 mithqal emas (berat dinar). Ini bermakna kadar pertukaran diantara dirham dan dinar emas ialah satu dirham bersamaan 0.7 dinar.

Berat satu mithqal emas bersamaan 72 butir barley. Maka berat satu dirham bersamaan 50.4 butir barley. Harga dinar emas dan dirham ditentukan oleh kuasa permintaan dan penawaran.

Piawaian ini dikenali sebagai ‘Piawaian Omar Al Khattab’ dan piawaian inilah yang berkuatkuasa dari zaman beliau sehinggalah kepada khalifah terakhir kerajaan othmaniah (1924). Sistem ini telah dimusnahkan oleh presiden Nixon mulai 15 ogos 1971, apabila pertukaran USD diapungkan dan membiarkan pertukaran ditentukan oleh kuasa penawaran dan permintaan tanpa sandaran emas. Hari ini tiada lagi matawang dunia disokong oleh emas.

Harga seauns emas ialah USD300.00. (spot price), maka satu dinar emas bersamaan USD300.00. Kadar pertukaran dinar emas dengan semua matawang lain boleh dikira mengikut kadar pertukaran semasa, atas “real time basis”

Satu Dinar Emas= 4.25 gram 22 karat emas.
Satu kilogram emas=32.15 troy auns 24 karat emas.
1000 gram emas=32.15 troy auns 24 karat emas.
Satu gram emas=0.03215 troy auns 24 karat emas.
Satu dinar emas=4.25x0.917(x0.03215)=0.1253 troy auns.

Sekiranya harga spot emas=438.9 euro per auns,
Maka harga satu dinar emas=438.9x0.1253=55 euro
Atau kadar conversion=483.9/55=7.98 dinar/auns.

Dalam hukum Islam tiada konsep wang kertas dalam pengertian wang kertas yang kita gunakan hari ini. Iaitu wang kertas yang kita ketahui hari ini, iaitu wang kertas yang merupakan surat hutang atau surat janji mahu bayar hutang atau surat IOU. Oleh yang demikian, pengertian sebenar kepada menghidupkan semula sistem wang Dinar Emas Islam” dengan menggantikan wang kertas dan koin yang beredar didalam Malaysia yang di gunakan sekarang.

Namun, tiada tanda- tanda yang boleh menunjukkan bahawa Malaysia akan menggunakan dinar emas dan dirham bagi menggantikan Ringgit Malaysia. Ia adalah merupakan larangan bagi Tabungan Kewangan Antarabangsa (IMF). Yang tidak membenarkan mana- mana Negara di dunia yang menjadi ahli IMF menggunakan emas sebagai matawang. Mungkin inilah yang menjadi halangan besar untuk negara Islam menghidupkan kembali sistem Dinar Emas Islam.

No comments: